ROMBONGAN PELABUR DARI CHINA MENINJAU SUNGAI PAHANG

ROMBONGAN PELABUR DARI CHINA MENINJAU SUNGAI PAHANG… Hari ini seharian saya membawa rombongan 14 pelabur dari Negara China menyusuri Sungai Pahang dari Kuala Sg Semantan di Daerah Temerloh hingga ke Kuala Sg Bera di Daerah Bera sejauh kira-kira 20 kilometer.
Tidak jelas apa sebenarnya projek yg ingin mereka labur kerana mereka tidak boleh berbahasa Inggeris.
Tugas saya cuma membawa mereka ke tempat-tempat yg sudah ditandakan dalam peta Sg Pahang yg mereka bawa bersama.
Yang agak pelik sedikit, mereka akan mengambil gambar setiap lokasi yg ada bongkah batu besar sama ada di tebing sungai atau di dalam sungai.
Apa pun, rombongan rakyat asing ini nampaknya amat menghargai keindahan Sg Pahang yg airnya semakin hari semakin tercemar.
Saya juga agak terkilan dgn kewujudan begitu banyak lombong pasir yg bukan sahaja mencacatkan pemandangan sungai terpanjang di Semenanjung itu, malah operasinya yg tidak terkawal juga menyukarkan laluan bot, khususnya bot persiaran.

SAYA TIDAK AKAN “BERSARA” DARIPADA PERJUANGAN

SAYA TIDAK AKAN “BERSARA” DARIPADA PERJUANGAN…. Sejak saya mengumumkan perletakan jawatan saya sebagai Pengerusi PEKA Pahang berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016, saya dihujani dengan pelbagai pertanyaan drp sahabat dan penyokong saya.
Hari ini pula saya ditemubual oleh wartawan berhubung perkara yg sama.
Antara soalan yg diajukan… adakah saya akan “bersara” drp perjuangan alam dan hak asasi rakyat?
Jawapanya: Tidak sama sekali! Sebaliknya saya akan terus berjuang dan memperkasakan lagi perjuangan ini dalam wadah yg lebih besar dan bebas berteraskan semangat “PERJUANGAN DRP RAKYAT MARHAEN UTK RAKYAT MARHAEN”.
Jawapan saya itu bagaimanapun turut mengundang persoalan adakah saya tidak cukup bebas berjuang dalam PEKA dan adakah PEKA bukan pertubuhan yg didokong oleh rakyat marhaen?
Saya tidak mahu komen panjang lebar, tetapi cukuplah saya katakan bahawa perjuangan saya bukan kerana PEKA, sebaliknya perjuangan saya sudah lama sebelum PEKA wujud lagi dan diri saya umpama pipit yg tidak mungkin dapat terbang tinggi bersama kawanan enggang.
Saya juga turut ditanya sama ada saya kecewa dgn ketidakhadiran “orang kuat PEKA” ketika saya berdepan kes saman oleh Penolong Pentadbir Tanah Daerah Temerloh yg baru selesai perbicaraannya.
Persoalan ini juga saya tidak mahu ulas panjang lebar tetapi cukuplah kalau saya katakan “dalam mana2 perjuangan, semangat setiakawan ketika berdepan cabaran perjuangan adalah satu kewajipan”.
Saya harap dgn penjelasan ini tidak timbul lagi isu perletakan jawatan yg hanya saya sandang hanya setahun lebih itu.
Isu alam sekitar di negara kita amat besar kerana sikap rakus dan tamak segelintir manusia yg ada kuasa serta ditambah pula dgn gejala rasuah yg semakin berleluasa dalam kalangan pentadbir dan penguatkuasa.
Justeru, marilah kita bersama-sama menggalas perjuangan Ini demi masa depan kehidupan anak cucu kita semua serta makhluk Tuhan yg lain. Salam perjuangan! (Secebis kisah perjuangan marhaen…)
#suaraalam

SELAMAT TINGGAL PEKA

SELAMAT TINGGAL PEKA… Selepas berbincang dan memikirkan dengan semasak-masaknya, kami Mohd Khaidir Ahmad (Pengerusi PEKA Cawangan Pahang), Saifulnizam Sulaiman (Bendahari PEKA Cawangan Pahang) dan Mohamad Nasir Ishak (Ahli Jawatankuasa PEKA Cawangan Pahang) ingin memaklumkan bahawa kami dengan hati yang terbuka secara sukarela, meletakkan jawatan masing-masing seperti di atas secara sukarela berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016.
Sehubungan itu, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan kepada kami ketika menyandang jawatan berkenaan selama ini.
Walaupun sudah tidak menyandang jawatan berkenaan, kami tetap berikrar akan meneruskan perjuangan alam sekitar dalam dimensi dan perspektif baharu berteraskan semangat “PERJUANGAN RAKYAT MARHAEN UNTUK RAKYAT MARHAEN”
Sekian, terima kasih

Sultan Muhammad ke-V jadi Yang Di Pertuan Agung

Sultan Muhammad ke-V jadi Yang Di Pertuan Agung.
Sebagai rakyat Kelate, saya rasa bangga.
Tapi adakah kita takde Permaisuri Agung?
That place should be mine sebenarnya.?
Tapi maaflah, kita takde jodoh la pulak. Hehe.
Selamatlah sultan kami.
Sultan kelantan raja ikrami.
Aman sentosa memerintah kami.
(Dah tak ingat dah lagu negeri kelantan) ?? Regards,
NH. 😉 #sultankelantan

Sepanjang undergraduate study, saya tak pernah tidur di dalam kelas

Sepanjang undergraduate study, saya tak pernah tidur di dalam kelas.
Saya pernah jadi speaker. Saya berkecil hati bila audience saya tidur. Sebab saya tahu, bila nak present / mengajar, kita perlukan persediaan rapi.
Bayangkan lepas buat persediaan rapi, pendengar pula datang dan tidur. Sangat berkecil hati.
Janganlah tidur dalam kelas. Hormatilah pengajar yang ada di depan. Jagalah hati mereka yang mahu memberi ilmu kepada kita.
Kalo mengantuk? Jangan tidur lambat. Jaga waktu tidur. Jaga makan. Bersenam. Insya Allah, kita tak selalu mengantuk.
Regards,
NH. 😉

Ini merupakan IKOD ke-6 saya

Ini merupakan IKOD ke-6 saya.
Secara jujurnya, IKOD ini IKOD yang terbaik sepanjang 6 tahun.
Aktitivi yang menarik, bazar yang pelbagai, pengurusan yang sistematik, promosi yang mantap dan persediaan yang rapi.
Saya yakin, disebalik ‘smooth’nya perjalanan IKOD ini ada jasad-jasad pelajar yang membanting tulang, takcukup tidur, korbankan tenaga, korbankan masa, korbankan wang ringgit semata-mata untuk memastikan kelestarian program ini.
Tahniah diucapkan kepada adik-adik SRC dan mantan SRC serta comrades juga semua komiti yang bertungkus lumus menjayakan program ini.
Saya juga yakin, para komiti menghadapi pelbagai ujian, kesukaran, perselisihan faham dan pelbagai tribulasi untuk IKOD ini.
Tapi percayalah, semua pengalaman itu yang akan menyumbang kepada survival skill kalian selepas graduasi nanti.
Sekian, daripada kakak senior yang habis duit banyak kat IKOD dan yang pernah jadi brainstormer, peneraju utama, komiti biasa dan orang awam untuk IKOD sejak 2011.
Alhamdulillahillazi bini’matihi tatimmussolihat.
Regards,
NH. 😉
#iiumkuantanopenday #ikod2016 #iiumkuantan #hariterbukauiam

Zaman belajar, masa degree paling best

Zaman belajar, masa degree paling best.
Walaupun sambung Master / PhD, suasana belajar tak seseronok zaman degree.
Hargailah zaman undergrad.
Dah sambung Master ni, bertabahlah kau hadapi research kau sorang-sorang. Susah payah kau sorang.
Tapi itulah pengorbanan dalam menuntut ilmu. Itulah ‘mutiara’ dalam menuntut ilmu.
Doakanlah perjalanan ini dipermudahkan Allah.
Regards,
NH. 😉

Tahun Baru

Tahun Baru.
Azamku cuma satu.
Aku mahu memperbaiki kualiti solatku.
Kerana aku yakin, dengan aku memperbaiki kualiti solatku, Allah akan memperbaiki kualiti hidupku.
Dengan aku menjaga solatku, Allah akan menjaga seluruh urusanku.
Mari perbaiki kualiti solat kita.
Andai aku lupa, mohon ingatkan aku.
Regards,
NH. 😉

“Kalau cari isteri, carilah yang solehah, itu harta kita yang paling berharga

“Kalau cari isteri, carilah yang solehah, itu harta kita yang paling berharga. Kalau cari suami, cari yang selalu ke masjid, rajin mengaji, suka cari ilmu, sebab suami yang akan memimpin rumahtangga.”
“Kalau jadi perempuan, jadilah yang paling sempurna. Sempurna tutup auratnya, sempurna ibadah umum dan khususnya, sempurna taatnya.. Insya Allah bahagia dunia akhirat.”
Girls, lets lead the way.
Jom jadi yang solehah~
Regards,
NH. 😉