“Ayah, suami adik ada wanita lain

“Ayah, suami adik ada wanita lain.”
Anak gadis itu mula menitikkan air mata di ribaan ayahnya. Usia perkahwinan baru mencecah tahun ketiga.
Ayah dengan kedut seribu di muka itu mengusap tudung anaknya.
“Sabarlah.”
Tangisan si anak makin menjadi-jadi. Terisak. Air mata membasahi pipinya. Tangan tua si ayah menyapu air mata yang berlinangan di wajah anaknya.
“Dalam kebahagiaan yang diimpi bersama, tapi masih ada celah dia mencari cinta yang lain. Apakah tidak cukup apa yang ada pada isterinya ini?”
Genggam erat tangan si ayah.
“Adik, hidup ini tak seindah mimpi. Bukan cerita petang-petang membohong dalam tv.”
Ayah mula berbicara.
“Adik, satu kesulitan tidak bisa berdiri teguh di tengah dua kemudahan.”
“Apa maksud ayah?”
Ayah tersenyum.
“Surah yang kamu kenal dengan Alam Nashrah atau nama tepatnya Al-Insyirah anakku. Ayat 5 dan 6.
Fa-inna ma’al ‘usri yusra.
Inna ma’al ‘usri yusra.
Kerana sesungguhnya, sesudah kesulitan itu, kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Agamawan menyatakan, ayat itu cuma disebut satu kesulitan dan dua kemudahan. — “al-‘usr”: isim makrifah iaitu sesuatu yang sudah tentu, khusus atau jelas. Sedangkan “yusr” adalah isim nakirah, atau sebutan umum. — Pendek kata, ada beza antara ‘suamiku’ dan ‘suami’. Suamiku, khusus milik seseorang. Suami, universal tak tahu suami siapa.
Jadi, jangan risau dengan ujian Allah bagi ini. Cuma satu ujian sukar, insya-Allah sangka baik dengan-Nya, ada dua pertolongan yang akan Dia bagi.
“Lan yaghliba ‘usrun yusraini.”
“Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.”
Yakin pada-Nya, kerana Allah tidak pernah menipu. Kita saja yang selalu menipu.”
Anaknya reda sikit dari menangis. Namun, masih sebak.
“Kalau dia akhirnya tidak lagi memilih adik?”
Ayahnya senyum.
“Seandainya Allah takdirkan hubungan ini terlerai, maka redalah. Tidak mungkin Allah aturkan tanpa sedikit hikmah pun.
Dia milik Allah. Hatinya milik Allah. Hati perempuan yang dia mahu milik itu juga, milik Allah.
Hati-hati ini, hati ayah, hati adik, hati semua orang sifatnya rapuh. Senang dibolak-balikkan. Doalah kepada Pemilik Hati, Allah. Minta Dia jaga, halakan pada satu arah.
Tika ini, mungkin pandangan mata dan hatinya melihat seseorang itu serba menawan, serba sempurna. Itu sekarang. Di masa depan, belum tentu pandangan itu sama. Mungkin akhirnya dia akan nampak kembali yang indah itu isterinya, bukan perempuan itu.
Begitu juga rasa dalam hati.
Rasa dalam hati kita ini, kuat teguh macam mana pun, bisa pudar. Kadang pudar sendiri disebabkan muak dengan sikap dan perilaku tidak menghargai diri.
Kadang pudar tanpa sedar pun. Semua ini kerja Allah dalam menguji tahap keimanan kita semua.
Ujian Allah pada adik sudah bermula. Dia nak uji sabar. Mungkin dulu, hidup adik selesa di tahap sabar yang biasa-biasa. Kali ini, Allah tingkatkan level sabar tu.
Tidak mungkin seorang guru suka melihat anak muridnya berada di kelas corot selamanya. Pasti dia nak tengok pelajarnya ada peningkatan dan boleh ke kelas cemerlang.
Begitu juga kamu.
Dia beri ujian ini, untuk kamu sedari satu benda.”
Ayahnya senyum saja.
“Apa dia, ayah?”
“Pintu Syurga itu sudah terbuka untukmu, Dia cuma mahu pastikan kamu masukinya dengan kesabaran tinggi yang terpaksa kamu tempuhi. Nak confirmkan saja.
Atau kamu rebel berpaling dari-Nya hingga pintu itu kembali tertutup, itu juga pilihanmu sendiri.
Sabarlah. Suka atau tidak.
Firman Allah dalam Surah At-Tholaq ayat 7 yang bermaksud,
‘Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”
Wa man yatawakkal ‘alallahi fahuwa hasbuhu
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS At-Tholaq ayat 3)”
Si anak gadis mulai menangis kembali. Berjuraian.
“Kalau tak happy ending kisah adik ni?”
Ayahnya memeluk bahu anaknya. Menangis sama.
“Selagi ayah ada, ayah bela. Selagi Allah ada, Allah jaga.”
Bertahan.
Kau ada Tuhan.
cerita oleh: Muhammad Rusydi

CINDERELLA KE?, Tengah malam

CINDERELLA KE?
Tengah malam.
Bunyi motor yang sama. Jam lebih kurang. Kalau tak 11.45 malam, mesti pukul 12 malam lebih-lebih. Selalu bila aku jenguk keluar, motosikal tu dah lepas dari penglihatan.
Tak sempat nak nengok empunya wajah.
Nak kata Cinderella, bentuk badan macam jantan. Ya la, muncul tiap tengah malam. Risau jugalah, takut-takut mat gam mana datang melilau check line. Nak masuk rumah ke apa ke. Tambah-tambah dengan keadaan ekonomi merosot, menteri suka berjenaka ni, penjenayah suka menjadi penonton jendela dan pintu-pintu rumah kita.
Malam tu, aku curi-curi berada di tepi tingkap. Timing baik punya. Dia datang. Aku dah siap-siap dengan fon.
Dia datang. Tak matikan enjin motosikalnya. Dengan berseluar pendek. Jalan lengang tak ada kenderaan masa tu. Dia turun dari motor. Pergi ke seberang jalan. Panggil-panggil sesuatu tengok dari gaya tangannya macam ajak orang datang.
Budak ni panggil apa malam-malam ni? Haish.
Lepas itu, dia kembali ke motor. Keluarkan sesuatu dari plastik. Curahkan di lantai di bahu jalan. Tanpa menanti, dia beredar dari situ.
Tak lama kemudian, dalam tiga minit, datang seekor kucing. Hidu-hidu. Makan.
Oh. Baru aku faham. Rupanya, mamat ni datang malam-malam untuk tinggalkan makanan pada kucing jalanan.
Mulianya hati dia. Malu pula aku sendiri. Sebab kawasan tu, kawasan kejiranan rumah aku. Aku pun malas nak peduli nasib kucing jalanan, tapi Allah Maha Kaya, tidak ada makhluk-Nya yang tidak Dia bela. Hatta ulat dalam batu pun Allah bagi rezeki, boleh makan. Apatah pula kucing jalanan ini.
KONSEP REZEKI
Dalam rezeki kita, ada hak orang lain. Bukan setakat orang, tapi haiwan atau tumbuhan.
Bila kita agihkan rezeki yang kita dapat, Allah agihkan lagi rezeki yang bakal kita dapat berkali ganda. Subhanallah.
KONSEP IKHLAS & IKHFA’ AL-‘AMAL (sembunyi amalan)
Patutlah bukan orang-orang terkenal di dunia ini yang masuk Syurga. Tapi, Allah sebut orang-orang yang sabar, orang-orang yang ikhlas, orang-orang yang bertaqwa dan banyak lagi contoh orang yang bakal dapat Syurga.
Buat baik yang orang lain tak nampak, yang tersembunyi, itulah amalan yang menghadirkan ikhlas dalam diri.
Kadang-kadang, kita dah bersedekah. Misalnya, masa khutbah Jumaat diedarkan kotak duit bergerak. Kita masukkan duit depan orang ramai bila sampai giliran kita. Kita dah ikhlas. Tapi, nilaian ikhlas orang yang masukkan duit dalam tabung masjid tanpa orang lain melihatnya lebih berkualiti. Mungkin begitu.
Misalnya, kita lihat ada orang susah diviralkan dalam FB, senyap-senyap kita transfer RM10. Lepas tu kita lupakan pernah transfer. Tak beritahu sesiapa, tak bising. Tak ungkit kebaikan diri sendiri. Maka, ikhlas kita berkualiti.
Kita tengok gelandangan di jalanan, mengemis untuk sesuap nasi. Pada malam hari, senyap-senyap pergi selitkan wang dalam poketnya. Dia tak tahu siapa yang beri. Ikhlas kita nilaian super.
Kita tengok mak ayah susah. Walaupun kita masih bersekolah, belajar universiti, kerja pun belum. Senyap-senyap, duit yang kita tabung, kita selitkan di kocek baju mereka atau transfer ATM tanpa tahu siapa yang transfer ke akaun mereka. Masya-Allah, barakah pemberian kepada ahli keluarga sendiri.
Kita tengok kawan kita sedang bersedih hati, diam-diam kita belanja dia makan atau berikan kata-kata semangat dalam apa jua bentuk sekalipun sama ada cebisan nota di Whatsapp, gambar yang menenangkan hati dan lain-lain. Niatkan itu semua cara kita bersedekah walaupun bukan dengan duit. Itu jua tanda keikhlasan hati.
Dari hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Tujuh pihak yang diberi naungan oleh Allah, dimana pada hari itu tidak ada naungan kecuali naungan-Nya.” Dari tujuh pihak tersebut, Rasulullah s.a.w. menyebutkan bahawa siapa saja yang bersedekah secara sembunyi-sembunyi – ibarat tangan kiri tak mengetahui apa yang dilakukan tangan kanan – maka ia termasuk salah satu di dalamnya.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud:
“Jika kamu menampakkan sedekah(mu) , maka itu adalah baik sekali. Dan jika kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka menyembunyikan itu lebih baik bagimu. Dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu; dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
Sedekah terang-terang = baik.
Sembunyikan = lebih baik.
Itu Allah sendiri beritahu.
Ya Allah, moga kami menjadi hamba-hamba yang terpilih masuk Syurga dengan amalan ikhlas yang tersembunyi. Meski amalan itu sekecil menyelamatkan seekor semut dari lemas dalam gelas air yang hampir diminum.
Kepada pemuda yang buat amal secara tersembunyi beri makanan kucing ni, Allah nampak keikhlasan kamu itu. Kamu rasa tak ada siapa nampak kelakuan kamu. Tapi, maafkan daku, terpaksa tulis untuk berikan kesedaran pada diri sendiri dan kawan-kawan.
Moga jadi asbab dan hidayah pada kami semua.
Lelaki baik di Malaysia masih wujud.
Nukilan: Muhammad Rusydi
.
.

Kepada bloggers dan admin pages, tiada izin tiada halalnya nak share sesuka hati. PM minta izin dulu k.

KISAH LEPAS PANTANG & BERSALIN , Dulu masa pregnant Dr As macam rasa impossible je nak kembali asal

KISAH LEPAS PANTANG & BERSALIN
Dulu masa pregnant Dr As macam rasa impossible je nak kembali asal .
Terkejut jugak , first timer mommy katanya .
Wow dahsyat gak badan naik masa preggy adalah 63 kg masetuh ?
Korang percaya tak nih gambar Dr As? ⤵️
Masetuh rasa cepat letih sangat, muka pun kusam , asyik berjerawat , forever rasa nak tidur jek .
Memang takde mood nak jaga muka .
Tapi memang banyak jerawat .
Lepastuh badan macam dipam pam .
The only thing yang best masa preggy makan nonstop . Makan makan makan .
Tapi sedar diri jugak .
Baru umur 29 nih , taknaklah terus nampak tua 10 tahun .
Fikir nantilah lepas bersalin baru fikir .
Lepas bersalin jek , takde makna nak fikir , lagi lah rasa lagi ada penat !
Menangis .
Bengkak susu sakit sangat sangat .
Luka kat bawah tak sembuh lagi .
Asyik mengantuk .
Tak segar langsung .
Sebab baby T asyik bf nonstop .
Bayangkan malam tuh boleh dia menyusu sampai 1-2 jam straight . Ya Allah. Memang best tapi badan kita penat .
Tak boleh jalan laju laju .
Tak boleh naik tangga . Being an energetic lady , Dr As rasa stress dengan keadaan tuh .
Tapi hari kelima lepas pantang , sangat sangat menyedihkan Dr As . Badan penat bertambah penat macam kena hempap !
Baby T kena admit NICU sebab severe jaundice .
Seminggu ulang alik NICU hantar bekalan susu dan bf baby T .
Habis ke laut lah pantang , luka makin teruk sebab asyik berjalan dan bergerak .
So pasrah je dengan keadaan tuh .
Cuba fokus untuk kekal positif sebab taknak susu drop . Sungguh sungguh nak cuba exclusive breastfeeding .
I believe the first phase is the only the hardest . So bertahan asma.
Bertahan tapi lepas sebulan lebih , BADAN MEMANG LEMAU !
Baby T prolonged jaundice , Dr As tak makan apa apa jamu takut tau . Vitamin pun langsung tak telan . Ya Allah .
Lepas sebulan lebih baru jaundice hilang , cepat cepat back to my daily healthy routine ?
Dr As amalkan dua dua pantang tradisional dan moden .
Alhamdulilah i achieved my berat asal masa 5 bulan lepas bersalin 63->45 kg dan sekarang muka pon BERSERI HABIS HILANG SEGALA JERAWAT DAN PARUT ?
APA RAHSIA DR AS ??
For me jadi mommy nih bukannya nak flawless semata tapi yang penting badan nampak bertenaga dan FIT !!
FRESH !
HAPPY jek walaupun penat .
Thats my daily ultimate dream .
Nak menyusu dengan konsisten kena jaga badan . Yela asyik berjaga malam tak boleh selalu batuk selsema nanti jangkit kat baby . U need to eat healthy mommy to maintain strong & fit .
Start bulan kedua pantang Dr As betul betul konsisten hari hari :
✅ Collagen drink
✅ Vanilla protein shake
✅ Vitamin c
✅ Omega Guard
✅ Antioxidant juice
Bila breakfast minum shake protein & collagen drink rasa bertenaga sampai tengahari , lapar pun tak lah kebulur sangat .
Omega helps to increase my metabolism .
Minum hari hari now muka pulak makin flawless , parut makin pudar . Kira extra bonus !!!
Untuk semua wanita yang lepas berpantang kat luar sana ,
ITS POSSIBLE untuk kembali sihat da fit ??
Untuk kembali ke berat asal .
Untuk kembali berseri ?
Psssttt promo Pea Protein Drink & Collagen astaceracol still ON ! TINGGAL 2 HARI SAJA LAGI !!!
#maryjardinshahalam
#radiancebeautytips

Dr Muhammad Arifin Badri, Negoisasi Baju Batik & Songkok Hitam

Dr Muhammad Arifin Badri
Negoisasi Baju Batik & Songkok Hitam.
(Fitnah teredam berkat pertolongan Allah melalui baju Batik dan Songkok Hitam)
Banyak kalangan yang mencibir penampilan saya yang sering mengenakan songkok hitam dan berbaju batik. Namun demikian, saya tidak bergeming dengan cibiran tersebut, karena saya meyakini bahwa banyak maslahat besar yang ingin saya capai dari keduanya. Selain secara tinjauan syariat tidak ada masalah dengan keduanya.
Berikut salah satu maslahat besar yang terbukti dan semakin mengukuhkan pendirian saya untuk tetap berpenampilan sewajarnya masyarakat muslim Indonesia.
Suatu hari Lembaga pendidikan saya, yaitu STDI ( Sekolah Tinggi Dirasat Islamiyah) Imam Syafii mendapat fitnah keji dari sebagian orang. Disebarkan isu bahwa kami tidak memiliki loyalitas kepada bangsa atau yang sering disebut dengan jiwa nasionalisme. Fitnah tersebut sengaja disebarkan secara masif, terutama kepada level pejabat pemerintah daerah Kabupaten Jember. Hingga akhirnya kami diundang oleh BAKESBANGPOL ( Badan Kesatuan Bangsa Dan Politik) untuk mempertanggung jawabkan masalah ini.
Pertemuan formal itu dihadiri oleh semua unsur muspida sekabupaten Jember, ada dari kehakiman, polres, militer, MUI, diknas, dan juga FKUB.
Pada awal acara, setelah kepala Bakesbangpol membuka acara secara resmi dan menyampaikan tema pertemuan, beliau memberikan kesempatan kepada Ketua FKUB ( Forum Kerukunan Umat Beragama) untuk menyampaikan temuannya di lapangan.
Segera ketua FKUB berbicara dan menyampaikan apa yang selama ini sampai kepada beliau perihal keluhan masyarakat bahwa kami tidak memiliki nasionalisme.
Di tengah tengah ia menyampaikan apa yang ia dengarkan, saya meminta izin untuk sedikit menyela dan akhirnya diizinkan.
Saya berkata: maaf,mpara hadirin sekalian, yang saya fahami forum ini adalah forum resmi yang difasilitasi oleh instansi pemerintah. Kita membicarakan tuduhan seputar nasionalisme. Dan sebatas yang saya fahami nasionalisme dalam forum resmi disimbulkan dengan dua hal:
1. Pembukaan acara yang ditandai dengan pemukulan gong.
2. Seragam nasionalisme berupa baju nasional yang berupa baju batik.
Dan kebetulan acara kita ini tidak dibuka dengan pemukulan gong, sehingga tersisa satu indikator, yaitu pakaian batik.
Bila pemahaman saya ini benar, maka saya mohon kepada hadirin sekalian untuk melihat baju masing masing, siapakah yang pada acara ini benar benar mencerminkan seorang yang nasiolanis?
Segera semua hadirin clingukan kanan dan kiri, dan ternyata hanya saya yang mengenakan baju batik dan songkok hitam. Seakan mereka terpukul, sehingga semuanya terdiam seribu bahasa.
Setelah menyampaikan hal di atas, saya kembalikan kesempatan berbicara kepada ketua FKUB. Bukannya meneruskan penyampainnya tentang laporan dan keluhan masyarakat tentang nasionalisme, ketua FKUB berbalik 180 drajat. Ia berkata : betul, betul, sekarang saya sudah paham, dan nampaknya tema ini telah terjawab dengan jelas. Bila demikian saya rasa tidak ada perlunya kita melanjutkan pembahasan ini. Kita sudah bisa membuat laporan kepada bapak Bupati bahwa tuduhan ini tidak benar dan fitnah belaka.
Majlis yang sedianya disiapkan untuk terjadi tarik ulur, adu argumen dan data, ternyata segera ditutup tanpa ada adu argumen sedikitpun. Semua selesai gara gara seluruh hadirin merasa malu, mereka berbicara tentang nasionalisme namun tidak mengenakan pakaian nasional, justru orang yang dituduh tidak berjiwa nasionalismelah yang mengenakan baju nasional.
Saudara bisa bayangkan, tema yang begitu gawat dan serius, ternyata terselesaikan dengan begitu mudah, berkat pertolongan Allah, kemudian baju batik dan songkok hitam.
Kisah ini, adalah sekelumit contoh dari sekian banyak kejadian yang saya alami menghadapi berbagai tuduhan atau fitnah masyarakat kepada saya. Dan kisah di atas semakin mengukuhkan tekad saya untuk tetap menjaga penampilan yang memasyarakat, berpeci hitam dan mengenakan pakaian yang biasa dipakai oleh masyarakat

Kita sering terdengar omong kosong bahawa rawatan yang diterima oleh pesakit kanser akan membuatkan pesakit semakin merasa lebih lemah, sakit dan…

Kita sering terdengar omong kosong bahawa rawatan yang diterima oleh pesakit kanser akan membuatkan pesakit semakin merasa lebih lemah, sakit dan tidak berdaya. Pendek kata ia akan menyiksakan pesakit.
Tahukah anda, antara faktor keadaan tersebut berlaku adalah kerana pengambilan pemakanan oleh pesakit itu sendiri?
Pantang itu-ini, makan itu tak boleh makan ini pun tak boleh. Semuanya nak berpantang tanpa menghiraukan keperluan tubuh badan. Bila dah tidak berdaya, salahkan pula rawatan yang diterima sedangkan rawatan tersebutlah satu-satunya yang mampu untuk memulihkan penyakit yang dihadapi selain dengan izin Allah s.w.t.
Jadi, sebagai pesakit dan ahli keluarga pesakit, anda wajib tahu tentang aspek pemakanan dan masalah yang sering berlaku apabila pesakit dalam proses menjalani rawatan tersebut.
——-
Rawatan yang diterima oleh pesakit kanser akan menyebabkan keperluan badan meningkat dan memerlukan pesakit untuk meningkatkan pengambilan makanan.
Corak pengambilan makanan pesakit juga akan terganggu. Jadi, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting dan boleh membuat pesakit merasa lebih sihat dan bertenaga.
Pemakanan Sebelum Rawatan :
Makan pelbagai jenis makanan akan membantu pesakit mendapat segala nutrien atau zat yang diperlukan. Badan akan menukar makanan kepada bentuk tenaga. Pesakit memerlukan tenaga walaupun tidak aktif seperti biasa. Jadi, pengambilan makanan bertenaga dari sumber karbohidrat dan lemak perlu cukup.
Makanan berprotein juga penting untuk memperbaiki tisu yang rosak dan mengekalkan sistem imun badan bagi melawan jangkitan kuman atau infeksi.
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran menyumbang vitamin, mineral dan serat yang diperlukan oleh badan.
Pemakanan Semasa Rawatan :
Rawatan kanser PERLU untuk membunuh sel-sel kanser, namun ia juga akan merosakkan sel-sel yang sihat.
Pelbagai kesan sampingan akan berlaku. Kesan sampingan berbeza bagi setiap individu dam bergantung kepada bahagian badan yang dirawat, tempoh rawatan dan dos rawatan.
Kebanyakan kesan sampingan adalah bersifat sementara dan akan berakhir selepas rawatan selesai.
Kesan sampingan rawatan kanser akan mengganggu corak pengambilan makanan dan menyebabkan pesakit mengalami masalah pemakanan.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pesakit kanser semasa rawatan dan cara mengatasi :
◽️Hilang selera makan
* Makan sedikit tetapi kerap.
* Tingkatkan kalori dan protein dalam pemakanan.
* Senaman yang tetap jika mampu untuk meningkatkan selera makan.
* Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
* Makan di persekitaran yang sesuai.
* Pastikan mulut sentiasa bersih.
* Elakkan merokok kerana ia boleh mengurangkan selera makan dan mengubah rasa makanan.
◽️Kesukaran mengunyah dan menelan akibat luka dalam mulut dan tekak
* Makan kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
* Tingkatkan kalori dan protein dalam makanan.
* Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
* Tingkatkan pengambilan cecair.
* Makan dan minum secara perlahan.
* Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah, campurkan kuah dalam makanan.
* Elakkan makanan yang pedas dan berasid/masam.
◽️Mulut kering
* Tingkatkan pengambilan cecair. Lebihkan pengambilan air semasa makan.
* Pilih makanan yang lembut dan senang dikunyah seperti bubur nasi atau campurkan kuah ke dalam makanan.
* Ambil makanan yang merangsang pengeluaran air liur seperti lemon atau ‘chewing gum’.
* Hisap air batu/ais untuk sejukkan mulut.
◽️Perubahan rasa dan bau makanan
* Elakkan makanan yang berbau kuat.
* Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik.
* Gunakan perisa seperti garam, rempah, herba, gula atau bawang putih bagi menambahkan rasa makanan.
◽️Loya dan muntah
* Makan sedikit tetapi kerap. Tidak mengambil makanan langsung akan menyebabkan loya bertambah teruk.
* Makan snek seperti biskut kering atau roti bakar.
* Makan makanan masam dan masin.
* Makan makanan sejuk atau pada suhu bilik seperti puding, salad.
* Elakkan makan terlalu banyak lemak/minyak.
* Makan dan minum secara perlahan.
* Kurangkan pengambilan air pada waktu makan.
* Elakkan makanan yang terlalu banyak perisa seperti rempah.
* Jangan berbaring dalam masa 1 jam selepas makan.
* Ambil ubat tahan muntah atas saranan doktor.
◽️Sembelit
* Tingkatkan pengambilan cecair sekurang-kurangnya 6-8 gelas sehari seperti jus buah, sup, minuman bersusu.
* Tingkatkan pengambilan serat seperti buah, sayur dan makanan ‘whole meal’.
* Lakukan senaman yang tetap jika mampu seperti berjalan.
* Ambil ubat atas saranan doktor.
◽️Cirit-birit
* Ambil ubat atas saranan doktor.
* Tingkatkan pengambilan cecair untuk ganti cecair yang hilang.
* Makan sedikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
* Elak alkohol, hadkan kafein dan makanan pedas.
* Elakkan makanan bergoreng dan berminyak.
* Elakkan pengambilan susu jika tidak toleransi terhadap gula dalam susu (laktosa).
* Kurangkan pengambilan makanan tinggi serat. Pilih buah yang dimasak lembut dan tanpa kulit atau buah dalam tin.
◽️Pedih Ulu Hati (Heartburn)
* Makan sikit tetapi kerap. Makan 3 waktu makan utama dan 3 snek.
* Minum air 30 minit selepas makan.
* Duduk sebentar selepas makan (30 minit), jangan baring.
* Makan perlahan.
* Elakkan pakaian terlalu ketat.
* Elakkan makanan seperti coklat, kopi, teh, minuman ringan, alkohol, makanan tinggi lemak.
Selepas selesai rawatan, kesan sampingan yang dialami akan beransur hilang. Selera makan mungkin akan meningkat. Pesakit masih perlu menjaga pengambilan makanan agar sentiasa cergas dan sihat seperti :
* Makan makanan seimbang dan berkhasiat. Pelbagaikan makanan.
* Makan 5 atau lebih pelbagai hidangan sayur dan buah setiap hari.
* Pilih karbohidrat kompleks dan bijirin penuh bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet anda.
* Kurangkan pengambilan lemak dan garam dalam makanan.
* Pilih makanan yang boleh mengekalkan berat badan yang sihat. Seimbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.
Ingat ❗️TIADA makanan spesifik yang dapat menyembuhkan kanser.
Gambar Hiasan
#kredit
Lara Marina
Jururawat Terlatih

SKETSA MUZAKKI – AMIL (Part V), Pintu kaunter dibuka

SKETSA MUZAKKI – AMIL (Part V)
Pintu kaunter dibuka…Seorang lelaki berusia separuh abad ditemani isterinya. kedua-duanya dalam keadaan sihat dan lengkap segala pancaindera.
M : You all ni ‘terrible’ la!
A : (>_<) Maaf tuan kenapa ya?
M : Signboard you terrible! Tunjuk sana sini tak tentu arah dibuatnya…Lagi satu kaunter di Kg baru you pun dah tutup! Pindah ke mana entah…
A : Maaf tuan, pihak kami hanya menyewa di Masjid Negara ni. Apa yang ada barangkali itulah yang dibenarkan untuk kami pasang.
M : Ah! Pendek kata senang citer you all ni memang terrible!
A : (+_+) [Dalam ati : Ya Allah mulut…terrible!]
M : Anak saya pun kerja lama dah dengan ……..tup-tup kena buang. ini semua sebab pot-pet pot-pet…Cukai tanah pun bla..bla..
A : [Dalam ati : Ini ghopenya masalah hidup dia…kesian]
************************************************
Antara perkara yang menjadi kesempurnaan sesuatu ibadah itu ialah aspek adab dan akhlak. Bahkan aspek penerimaan sesuatu amalan itu juga terkait dengan adab dan akhlak. Dalam ibadah zakat, antara adab dan akhlak pada menunaikannya adalah menjauhi sebarang bentuk perbuatan menyakitkan hati atau menghina si penerima. Samada penerima itu amil ataupun asnaf yang lain secara langsung.
Allah Ta’ala telah mengajar kita adab ini menerusi firmanNya :
قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِّن صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى ۗ وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ
“Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun”
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ كَالَّذِي يُنفِقُ مَالَهُ رِئَاءَ النَّاسِ وَلَا يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۖ فَمَثَلُهُ كَمَثَلِ صَفْوَانٍ عَلَيْهِ تُرَابٌ فَأَصَابَهُ وَابِلٌ فَتَرَكَهُ صَلْدًا ۖ لَّا يَقْدِرُونَ عَلَىٰ شَيْءٍ مِّمَّا كَسَبُوا ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْكَافِرِينَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir” [Al-Baqarah : 263 -264]
Menurut Imam Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim bahawasnya maksud قَوْلٌ مَّعْرُوفٌ itu adalah perkatan mahupun doa yang baik-baik untuk saudara Muslim. Adapun مَغْفِرَةٌ bermaksud dimaafkan dari kezaliman perbuatan mahupun perkataan.
Daripada Amru bin Dinar r.a bahawasanya telah sampai kepada kami sabda baginda Rasul s.a.w : “Tidak ada satu sedekah (pemberian) yang lebih disukai Allah daripada kata-kata yang baik.”
[Riwayat Ibn Abi Hatim]
Dalam hal ini, amil adalah dianggap penerima pertama zakat sebelum daripada diserahkan kepada asnaf yang lain. Maka, bersopan dan berlaku baik serta beradab adalah tuntutan mulia yang datang dari Allah. Sedangkan Allah itu Maha Kaya lagi Maha Penyantun, apatah lagi kita manusia yang kekayaannya hanya sekadar pinjaman malahan berstatus amanah pula dari yang Esa. Apakah kita punya hak untuk tidak bersopan dan berlagak sombong?
Teringat saya kepada satu kejadian yang juga pernah dinukilkan sebelum ini. Pernah dahulu saya menerima kedatangan pembayar yang istimewa. Tidak ditemani sesiapapun. Beliau hanya datang berseorangan untuk menuniakan tanggungjawab zakatnya. Paling istimewa beliau itu adalah seorang yang cacat penglihatan. Subhanallah! Tiada rungutan mahupun bebelan bahkan beliau ceria dan mampu sampai ke Pusat Pungutan Zakat Masjid Negara walaupun tiada satu papan tanda mahupun signboard yang mampu dilihatnya!
Teringat saya pada kesungguhan seorang sahabat mulia Muaziin Rasulullah s.a.w bernama Abdullah bin Ummi Maktum. Beliau pernah meminta keringanan agar tidak berjemaah di masjid kerana kondisi matanya yang buta namun Rasulullah s.a.w tidak memberikan kebenaran bahkan menyatakan dengan tegas kewajipan beliau untuk menghadiri jemaah kerana mendengar azan. Akhirnya beliau sendiri menjadi salah seorang muazzin selain Bilal bin Rabah r.a.
Dari Ummul Mukminin, Aisyah r.a,
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: ” أَنَّ بِلَالًا كَانَ يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ، فَإِنَّهُ لَا يُؤَذِّنُ حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ “
“Sesungguhnya Bilal azan pada waktu (sepertiga) malam. Karena itu, Rasulullah s.a.w bersabda: “Makan dan minumlah kamu sehinggalah Ibnu Ummi Maktum mengumandangkan azan. Sesungguhnya beliau tidak akan azan kecuali setelah terbitnya fajar sadiq (masuk waktu subuh).”
Beliau juga selalu dilantik Rasulullah s.a.w menjadi wali (wakil) [hampir 13 kali] di Madinah ketika Nabi s.a.w bermusafir. Akhirnya beliau sendiri syahid di Medan Qadisiyyah ketika pemerintahan Umar bin al-Khattab r.a dalam keadaan memegang panji peperangan kaum Muslimin.
Renungkahlah kembali iman kita. Tawadhuk dan rendah dirilah kita dengan nikmat yang dikurniakan Allah. Kesombongan itu tidak langsung padan dengan tubuh manusia untuk memilikinya. Kerana segala yang ada bukan milik kita. Semua yang ada Allah yang punya!
#kkh
#janganlahimanyangterrible