“Ayah, suami adik ada wanita lain

“Ayah, suami adik ada wanita lain.”
Anak gadis itu mula menitikkan air mata di ribaan ayahnya. Usia perkahwinan baru mencecah tahun ketiga.
Ayah dengan kedut seribu di muka itu mengusap tudung anaknya.
“Sabarlah.”
Tangisan si anak makin menjadi-jadi. Terisak. Air mata membasahi pipinya. Tangan tua si ayah menyapu air mata yang berlinangan di wajah anaknya.
“Dalam kebahagiaan yang diimpi bersama, tapi masih ada celah dia mencari cinta yang lain. Apakah tidak cukup apa yang ada pada isterinya ini?”
Genggam erat tangan si ayah.
“Adik, hidup ini tak seindah mimpi. Bukan cerita petang-petang membohong dalam tv.”
Ayah mula berbicara.
“Adik, satu kesulitan tidak bisa berdiri teguh di tengah dua kemudahan.”
“Apa maksud ayah?”
Ayah tersenyum.
“Surah yang kamu kenal dengan Alam Nashrah atau nama tepatnya Al-Insyirah anakku. Ayat 5 dan 6.
Fa-inna ma’al ‘usri yusra.
Inna ma’al ‘usri yusra.
Kerana sesungguhnya, sesudah kesulitan itu, kemudahan.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Agamawan menyatakan, ayat itu cuma disebut satu kesulitan dan dua kemudahan. — “al-‘usr”: isim makrifah iaitu sesuatu yang sudah tentu, khusus atau jelas. Sedangkan “yusr” adalah isim nakirah, atau sebutan umum. — Pendek kata, ada beza antara ‘suamiku’ dan ‘suami’. Suamiku, khusus milik seseorang. Suami, universal tak tahu suami siapa.
Jadi, jangan risau dengan ujian Allah bagi ini. Cuma satu ujian sukar, insya-Allah sangka baik dengan-Nya, ada dua pertolongan yang akan Dia bagi.
“Lan yaghliba ‘usrun yusraini.”
“Satu kesulitan tidak mungkin mengalahkan dua kemudahan.”
Yakin pada-Nya, kerana Allah tidak pernah menipu. Kita saja yang selalu menipu.”
Anaknya reda sikit dari menangis. Namun, masih sebak.
“Kalau dia akhirnya tidak lagi memilih adik?”
Ayahnya senyum.
“Seandainya Allah takdirkan hubungan ini terlerai, maka redalah. Tidak mungkin Allah aturkan tanpa sedikit hikmah pun.
Dia milik Allah. Hatinya milik Allah. Hati perempuan yang dia mahu milik itu juga, milik Allah.
Hati-hati ini, hati ayah, hati adik, hati semua orang sifatnya rapuh. Senang dibolak-balikkan. Doalah kepada Pemilik Hati, Allah. Minta Dia jaga, halakan pada satu arah.
Tika ini, mungkin pandangan mata dan hatinya melihat seseorang itu serba menawan, serba sempurna. Itu sekarang. Di masa depan, belum tentu pandangan itu sama. Mungkin akhirnya dia akan nampak kembali yang indah itu isterinya, bukan perempuan itu.
Begitu juga rasa dalam hati.
Rasa dalam hati kita ini, kuat teguh macam mana pun, bisa pudar. Kadang pudar sendiri disebabkan muak dengan sikap dan perilaku tidak menghargai diri.
Kadang pudar tanpa sedar pun. Semua ini kerja Allah dalam menguji tahap keimanan kita semua.
Ujian Allah pada adik sudah bermula. Dia nak uji sabar. Mungkin dulu, hidup adik selesa di tahap sabar yang biasa-biasa. Kali ini, Allah tingkatkan level sabar tu.
Tidak mungkin seorang guru suka melihat anak muridnya berada di kelas corot selamanya. Pasti dia nak tengok pelajarnya ada peningkatan dan boleh ke kelas cemerlang.
Begitu juga kamu.
Dia beri ujian ini, untuk kamu sedari satu benda.”
Ayahnya senyum saja.
“Apa dia, ayah?”
“Pintu Syurga itu sudah terbuka untukmu, Dia cuma mahu pastikan kamu masukinya dengan kesabaran tinggi yang terpaksa kamu tempuhi. Nak confirmkan saja.
Atau kamu rebel berpaling dari-Nya hingga pintu itu kembali tertutup, itu juga pilihanmu sendiri.
Sabarlah. Suka atau tidak.
Firman Allah dalam Surah At-Tholaq ayat 7 yang bermaksud,
‘Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan.”
Wa man yatawakkal ‘alallahi fahuwa hasbuhu
“Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS At-Tholaq ayat 3)”
Si anak gadis mulai menangis kembali. Berjuraian.
“Kalau tak happy ending kisah adik ni?”
Ayahnya memeluk bahu anaknya. Menangis sama.
“Selagi ayah ada, ayah bela. Selagi Allah ada, Allah jaga.”
Bertahan.
Kau ada Tuhan.
cerita oleh: Muhammad Rusydi


Facebook: https://www.facebook.com/syababmusafirkasih

414 Replies to ““Ayah, suami adik ada wanita lain”

  1. Bertahan..kuat..demi mak abah..inshaAllah.. aku ada Allah..Allah akan jaga aku..semua yang Allah beri sebab nak uji aku..kuat!.kuat! Kuat!*sentiasa bg kata2 semangat ni dekat diri sendiri..kalau dalam keadaan sedih sgt2..

  2. Jka ayahku msh ada psti dia juga mmberi nasihat yg sma… Tuhan menguji x akan brhenti… Yaa.. Ak perlu kuat wlaupun bkali tsungkur.. DIA ad bsamaku… AL-FATIHAH kpd mreka yg tlah kmbali disisi-Nya… Tksih ats pkogsian krya bmkna nih…

  3. Bro Muhammad Rusydi cter agak mnarik dah…tp alquran jgn wat memain…xde surah tu…bkaitan quran klu xde jgn diada2 kn…rjuk dlu…tu surah al-Insyirah…

  4. Menitis air mata. Kisah touching disaat hati tengah rapuh. Meski ku rapuh dalam langkah kadang tak setia kepadaMu namun cinta dalam jiwa hanyalah padaMu. Huhuhu.

  5. Seandaynya ayah Ku ada.betapa bahagianya hidup Ku INI.jangankan untuk tempat mengadu,wajah ayah Ku aja aku tak tau. Bersukur lah kalian yg mempunyai ayah, yang sangat menyayangi kalian.

  6. Siti Norbaya Shamsuri..solat n sabarlah..senyumlah kerana di akhir ujian kita..adanya kebahagiaan yg Allah sediakan..smoga kau n aq trus kuat..

  7. Perkongsian yg trbaik… kesabaran adlh pnting dlm diri… Muhammad Rusydi, teruskn lg krya2 yg mnyntuh hati n mgingatkn diri pda ALLAH.. ?? tme ksh

  8. Syukur alhamdulillah….zue..akk harap tabah mghadapi dugaan yg mndatang coz Allah sentiasa ADA kita cuma perlu brdoa n redha dgn sgala masalah yg ADA …kuatkan semangat ok

  9. Kesah realiti d tepat, d sebalek ape yg Allah beri ade nye hikmah yg amat besar selagi selagi kita dpt gantungkan hati kpd Allah sekuat mungkin wlu pun setiap detik syaitan sentiasa mengajak bersama nye kene yakinlah pd diri jadikan quran sebagai teman d kala sunyi in shaa Allah

  10. Noor Suzaty Chik Suliman ,,, semua dugaan ni kerja Allah~ sabar la wahai hati~ klu free baca la ni sujahad,semoga sdikit sebanyak dpt tenang kan hati tu…

  11. Kdg2 Allah ambil apa yg kita syg..kita kecewa, kita sedih..kita menangis…tp kita tak tau, sebenarnya Allah nk gantikan dgn sesuatu yg lebih baik dr itu. Sy dh pnh melalui saat keperitan itu…tp skrg sy sgt berterima kasih kpd org2 yg dh menyakiti sy..

  12. Sebak didada hya tuhan yg tahu air mata stiasa menemani dkala hati dsakiti n pedihnya bgaikn dhiris sembilu…bersabar sjala tuhan tu lbih mgetahui tahap kesabaran seseorg….

  13. Selalunya, apa yg paling kita sayang, itulah menjadi ujiannNya. Allah ingin lihat, antara makhluk n Sang Pencipta, manakah yg lebih anda sayangi?

  14. Allahuakbar..meski saya belum bernikah..menitis air mata baca artikel ini..Allah…semoga Allah mengurniakan aku seorang lelaki yg dapat membimbing aku ke syurga..aamiin inshaaAllah..

  15. Subahanallah…. tuhan itu maha adil.sabar itu ada hikmatnya diseblk dugaan… itu.Satu ujian dr yg maha kuasa.Allah sedang uji umatnya walau sebrt ujian itu,nk tahu sekuat mana kita blh brtahan dgn ujian2 dr nya.Dgn Ezinya tuhan itu maha kuasa tuhan 1,bkn 2,3.Situlh nanti kita blh tnggok yg mana berhak dan yg mana dipilih nya nanti… disitu kesetiaan seseorg itu.Amin…tuhan itu lbh mgetahui,semua org blh mnrancng sesuatu…tapi tuhan menentukn sekala nya.tuhan itu mahal adil, sejauh mana pun seorg tu halim sembyg xtnggl klu runtuh rumah tngga seseorg yg sudah menbina masjid dosa snggt besar… bertaubtlh dan pergilh mintk maaf Insykallah kt situ kita terampun dosa2 kita dn juga serpurnalh solat kita nanti.taksia2lh kita duk sembh 5wktu hr2.Satu kesah yg sanggt2 memberi motivasi kepada2 umat islam di luar sana dan jugak untuk diri sendiri… sayu pilu menitiskn air mata ku ini menbaca????

  16. Sebab tiada seorang pung boleh ganti abah♡ Orang tua sanggup buat apa pung demi anak, sanggup bergadai apa pung pd dirinya, harta benda penat lelah bahkan air muka, asalkan si anak bahagia.

  17. Ayah yg bijak..nasihatkan ank nya….knp adik nak bersedih, bkn kah itu hak sang suami untuk berpoligami…isteri patut open minded…poligami juga boleh bahgia…yg penting jgn pentingkan diri sendiri…terima hakikat suami bkn miliknya sorang…galakkan suami halalkan hubungan itu…yg penting perempuan itu wanita yg solehah..bantu suami utk berlaku adil dan terima madu dgn hati terbuka…berbaik sangka dgn Allah…jika Allah halalkan maka bermakna.. sgt byk kebaikkannya untuk ummah ini…

  18. Nurul Hayani Ahmad Pozi…bersabar la…Allah sedang uji tu…..”Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesimpitan”…banyak2 berdoa semoga dipermudahkan segalanye…aamiin…

  19. Moralnya..letakkan hati hanya pd Allah..pemilik segala isi langit dan bumi. Yang memegang hati kita, yg tahu apa yg terbaik utk kita kerana Allah Al Alim..Yang Maha Megetahui..

  20. Syabbas & tahniah. Selalu sebut nama kekasih Allah. Allah akan selalu (berganda) menyebut nama kita. Sentiasa berselawat atas Nabi, dan Allah akan sentiasa berselawat atas nama kita. Bermakna Allah kasihkan kita. Kan Allah itu Maha Pengasih & Penyayang. Itulah makna ‘Bis mil lah hir roh ma nir ro him’.

  21. Not every womaan are strong to be at that situation, sometime Allah help us by giving hint wethere u can face it or not before u married.. And so u got to choose to be hurt now or forever..

  22. Allahhuraabi..Satu saat dulu saya pernah begini..Apabila insan yg sy terlalu sayang berpaling kpada yg lain..hati wanita mana yg x luluh saat kita girang menghitung waktu untuk disatukan dalam hubungan yg lebih diredhai..insan tersayang memutus janji..luluh dan runtuh hati sy..namun seiring dgn janji Allah bahawa tidak mungkin Allah mengaturkan sesuatu atas kita itu tampa sedikit pun hikmah di sebaliknya…dgn baki kekuatan yg ada sy bangun untuk terus berdiri..perit pedih sy ambil sebagai ubat yg terbaik..sy tanamkan dlm hati agar tiada dendam di hati sy pd si dia..belajar bahawa SAYA bukan yg terbaik untuk dia..dari situ sy faham2 nikmat Allah berikan pd sy..hakikatnya kini sy bebas punya banyak waktu untuk kedua ibu bapa saya..indah bukan.?

  23. Satu perkara yg kita sebagai org islam perlu berfikir ialah… Suami or isteri kita bkn milik kita 100%…kita hidup jgn terlalu tamak dgn kasih syg manusia… Tetapi kita amat mengharapkan kasih syg ALLAH… So carilah kasih sygNya… W/pn pahit utk ditelan… Tp akhirnya itulah penawar… In shaa allah… Tq

  24. Tq utk karya ini….walaupun ayah dan mak dah x de utk bg kata2 semangat spt itu. …masih ada org lain yg blh bg kata2 semangat spt ini…tq semua …moga kita semua tabah hadapi dugaan dr Allah…aamiin n tq Allah

  25. So meaningful….Surah Al Insyirah…..dlm kesempitan ada byk kelapangan, dlm kesusahan ada byk kesenangan, dlm kesukaran ada byk kemudahan……dlm kesedihan ada byk kegembiraan…sementara waktu utk melepasi dugaan, byk2 bersabar, sehingga melepasinya ada byk hikmah yg tak terhingga…

  26. Doalah kepada pemilik hati iaitu Allah….minta Dia jaga….halakan pada satu arah….Allahuakhbar….terima kasih Ya Allah….di atas ujianMu….

  27. best cuma part ‘selagi allah ada, allah jaga’ mcm tak kena…mcm ad yg ‘ter’salah taip tnpa sedar di situ..maaf tuan rmh klu sy slh tegur

  28. Lima tahun mgemis cinta manusia bnama sang suami akhirnya sakit hingga hilang perasaan cinta dan biarlah bergitu rasa cinta sdh tiada,

  29. Thank you for sharing this. I cried reading and realising how much Allah loves me from the paragraph :-“Pintu Syurga itu sudah terbuka untukmu, Dia cuma mahu pastikan kamu masukinya dengan kesabaran tinggi yang terpaksa kamu tempuhi. Nak confirmkan saja. sebak ?

  30. Kalau cakap pasai ayah rasa sedih sangat tatau kenapa walaupun taklah rapat sgt dgn ayah. ? Belajaq jauh jauh ni asyik teringat mak dgn ayah kat rumah sehat ka dak. Hm ?

  31. Hey very nice blog!! Man .. Excellent ..

    Wonderful .. I’ll bookmark your site and take the feeds additionally?
    I’m happy to find a lot of useful information right here in the post,
    we’d like work out more strategies in this regard, thank you for sharing.
    . . . . . Neue Wolfsburg trikot

  32. Hello! Someone in my Myspace group shared this
    website with us so I came to look it over. I’m definitely loving the information. I’m bookmarking and will be tweeting this to my followers!
    Superb blog and great design and style. lazio Trøje Børn

  33. Hello! Someone in my Myspace group shared this site with us so I came to check it out.
    I’m definitely enjoying the information. I’m book-marking
    and will be tweeting this to my followers! Fantastic
    blog and amazing style and design. PSG fodboldtrøjer LorettaHo fussball trikots EarlPalmo

  34. Unquestionably believe that which you said.
    Your favorite reason appeared to be on the web the simplest thing to be aware of.
    I say to you, I certainly get irked while people think about worries that they plainly do not know about.
    You managed to hit the nail upon the top and defined out the whole thing without having side effect , people can take a signal.
    Will probably be back to get more. Thanks Nuova Maglia Napoli DoreenGau
    billiga fotboll tröjor ReedLauqp

  35. Hey there I am so happy I found your site, I really found you by mistake, while I
    was searching on Digg for something else, Anyways I am here
    now and would just like to say kudos for a fantastic post and a all round interesting
    blog (I also love the theme/design), I don’t have time to browse it all at the minute but I
    have bookmarked it and also included your RSS feeds, so
    when I have time I will be back to read more, Please do keep up the
    great work. Roma Fodboldtrøjer ManualPou maglie calcio bambini JinaWanne

  36. Wow that was strange. I just wrote an very long comment but after I
    clicked submit my comment didn’t show up. Grrrr… well I’m not writing all that over again.
    Anyhow, just wanted to say great blog! PSG nya tröja Isidroucf fussball trikots KatieEdki

  37. Simply want to say your article is as astounding.
    The clearness for your publish is just great
    and that i could think you’re a professional on this subject.
    Fine with your permission let me to clutch your feed to stay updated with approaching post.
    Thanks one million and please keep up the rewarding work.
    nuova Maglia Psg DanielleZ maglie calcio poco
    prezzo NedOakesf

  38. I have been browsing online more than three hours today,
    yet I never found any interesting article like yours.

    It is pretty worth enough for me. In my opinion, if
    all site owners and bloggers made good content as
    you did, the internet will be much more useful than ever before.
    Fußballtrikots Kinder Manchester City BorisSdkm günstige fußballtrikots MoraJsdj

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *