DAFTAR AGEN TANPA YURAN , Yang berminat nak sign up sebagai agen ricco perfume tinggalkan nombor korang di ruangan komen

DAFTAR AGEN TANPA YURAN
Yang berminat nak sign up sebagai agen ricco perfume tinggalkan nombor korang di ruangan komen. Modal tanpa yuran ?
Cepat cepat cukup kuota hanya 10 orang pengambilan agen untuk batch pertama Ricco perfume
Hari ini poslaju ricco perfume untuk 2 orang new agen..
Ambik peluang dan Carilah ilmu untuk mengubah kehidupan. Tidak kiralah kamu orang kaya, miskin, berkuasa atau berpelajaran. Ia bukan mengubah kehidupan sahaja malah menjadikan kita manusia yang diidamkan…
Hotline: ? 0127113551
Klik link ini untuk terus wasap Hotline
http://wasap.my/60127861007/NakDaftarAgen
Thank you.
Fast action fast result gaissss

DAFTAR AGEN TANPA YURAN , Yang berminat nak sign up sebagai agen ricco perfume tinggalkan nombor korang di ruangan komen

DAFTAR AGEN TANPA YURAN
Yang berminat nak sign up sebagai agen ricco perfume tinggalkan nombor korang di ruangan komen. Modal tanpa yuran ?
Cepat cepat cukup kuota hanya 10 orang pengambilan agen untuk batch pertama Ricco perfume
Hari ini poslaju ricco perfume untuk 2 orang new agen..
Ambik peluang dan Carilah ilmu untuk mengubah kehidupan. Tidak kiralah kamu orang kaya, miskin, berkuasa atau berpelajaran. Ia bukan mengubah kehidupan sahaja malah menjadikan kita manusia yang diidamkan…
Hotline: ? 0127113551
Klik link ini untuk terus wasap Hotline
http://wasap.my/60127861007/NakDaftarAgen
Thank you.
Fast action fast result gaissss

RICCO PERFUME BE DIFFERENT !!, Haruman5 Bintang untuk Perfume RICCO king dan Queen boleh bagi 5 bintang

RICCO PERFUME BE DIFFERENT !!
Haruman5 Bintang untuk Perfume RICCO king dan Queen boleh bagi 5 bintang …
Berapa harga Ricco perfume “TAK”?” Mahal beb ? Tak ada 4++ tak payah nk cerita ..? Atas 70 bukan ,bawah 60 pun bukan.Nak harga special whatsapp number dibawah
Tak payah spray banyak kali ?
Siapa nak dapatkan wangian EDP yang tahan lama ?
setanding original perfume
boleh dibawa bersolat
harga mampu milik
The best fragrance is ricco perfume..Alhamdulillah puas hati..
Ricco perfume lain dari yang lain,
Setiap semburan membawa ingatan, bau tahan lebih lama ,
Boleh dibawa bersolat ,Artis pakai ,
Quality antara bangsa..
Klik link ini untuk terus wasap Hotline
http://wasap.my/60127113551/NakRiccoPerfume
HOTLINE: 0127113551

#Riccoperfumes
#ScentedForYou

Balik kampung baru ni, anak bongsu saya, Syafiq umur 2 tahun 4 bulan tapi dah petah bercakap duduk dengan saya di ruang tamu rumah mak kira2 pukul 11…

Balik kampung baru ni, anak bongsu saya, Syafiq umur 2 tahun 4 bulan tapi dah petah bercakap duduk dengan saya di ruang tamu rumah mak kira2 pukul 11 malam sambil tengok tv. Tiba2 muka dia nampak ketakutan & dia pun tunjuk kat sofa sebelah kiri (kat situ agak gelap sebab dah tutup lampu).
Syafiq: Ayah, Syafiq takut..ada hantu Kak Limah kat situ (sambil tunjuk kat sofa)
Saya: Ayah tak nampak pun, cuba tunjuk kat ayah..
Syafiq: Syafiq takut, dia tengok Syafiq…muka dia
Saya pun dukung Syafiq dan bawa dia pergi kat sofa tu..ada satu plastik putih berisi mainan dia. Saya pun angkat dan tunjuk kat dia..
Saya: Ni ke yang Syafiq kata hantu Kak Limah? Ni beg plastik isi mainan Syafiq la..
Syafiq: Oohh..mainan Syafiq, ingatkan hantu Kak Limah tadi!!!
????

Bismillah, 13 Rejab 1439H, Alhamdulillah

Bismillah
13 Rejab 1439H
Alhamdulillah.. ieman haqeem Khatam Al Quran buat kali pertama. Target utk Khatam sebelum puasa terlaksana.
Ribuan Terima Kasih buat Guru Mengaji ieman Hani Sofia krn sabar sepanjang tempoh pengajian.
Doakan jua buat ieman semoga tercapai cita2 nya ingin menjadi Hafiz Al Quran. Aamiin
Ini baru permulaan…jauh lagi perjalanan.
Moga Allah makbulkan doa kami & permudahkan segalanya. Aamiin❤️

Kenapa RICCO PERFUMES jadi pilihan ramai?, Ingatlah Ricco perfume guna wangian bukanlah untuk dipuji tapi buat orang sekeliling dengan kita

Kenapa RICCO PERFUMES jadi pilihan ramai?
Ingatlah Ricco perfume guna wangian bukanlah untuk dipuji tapi buat orang sekeliling dengan kita.Tak ada bau hapak lagi ..
-30ml ,botol kaca ,Spray
-Bau setanding Wangian Antarabangsa
-Botol dan kotak yg Menarik boleh dibuat hadiah
-Bau segar SEPANJANG HARI dan TAHAN LAMA
-Harga pon mampu milik
-Mesra solat
-EDP ,Pati original
Testimoni RICCO:
Sembur 2-3 kali kat baju semua, perggh, keluar titisan spray tuh memang jujur cakap bau dia menggoda terus. Bau sekali tahan sampai malam lahhhh! Even berpeluh sekalipun! Jadi Saya memang berpuas hati dengan RICCO! TERBAIKLAHH!!! – Syafiq, Polis
Nak wangi klik sini :
http://wasap.my/60127861007/NakWangiRicco
#RiccoMalaysia

Setiap orang ada ujian, mungkin tak sama yang penting kita terima dengan redha , My big why? Kenapa saya kerja keras

Setiap orang ada ujian, mungkin tak sama yang penting kita terima dengan redha
My big why? Kenapa saya kerja keras ..
Boleh sahabat saya doakan kesihatan si kecil ini bertambah baik dari hari ke hari dan mudahkan urusan kami utuk menjaga dan merawat hingga sembuh sepenuhnya ..
sudah kering air mata keluarga si kecil ini .tak perlu tujuk kepada sesiapa kesusahan dan kesedihan biarlah ianya hanya rahsia keluarga ,tak perlu mengeluh malah bersyukur ,ujian tanda sayang Allah kepada hambanya ..
Tabah dan redha diuji Amin ..

KENYATAAN RASMI WASIYYAH SHOPPE BERHAD

KENYATAAN RASMI WASIYYAH SHOPPE BERHAD.
Kami telah dimaklumkan mengenai fitnah yang telah tersebar di kalangan masyarakat bahawa Wasiyyah Shoppe Berhad pernah ditamatkan kontrak sebagai ejen sebuah syarikat amanah pada tahun 2007 kerana bermasalah dalam urusan “income tax”. Nama Wasiyyah Shoppe Berhad disebut dengan jelas di dalam penyebaran fitnah ini.
Kami ingin menegaskan di sini bahawa :
1. Wasiyyah Shoppe Berhad tidak pernah menjadi EJEN mana2 syarikat amanah semenjak beroperasi pada 2004.
Kami pernah menjalinkan hubungan strategik dengan sebuah syarikat amanah dengan menandatangani COLLABORATION AGREEMENT. Ini adalah PERJANJIAN KERJASAMA dan bukan AGENCY AGREEMENT. Kami tegaskan sekali lagi kami TIDAK PERNAH menjadi ejen mana2 syarikat amanah.
Semenjak penubuhan dan operasi pada 2004, Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai Panel Syariah sendiri & kami membangunkan produk sendiri. Kami tidak pernah menjadi EJEN mana2 syarikat amanah & menjual produk mereka.
PERJANJIAN KERJASAMA yang ditandatangani hanyalah melibatkan kerjasama di dalam bentuk kami mempromosikan kepada masyarakat untuk melantik syarikat berkenaan sebagai wasi / pemegang amanah kepada harta pusaka di dalam dokumen2 yang formatnya dibangunkan sendiri oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.
Dengan ini kami berharap syarikat amanah berkenaan berhenti serta merta dari mengeluarkan kenyataan langsung atau tidak langsung melalui apa2 aktiviti, bahan cetakan atau laman sesawang mereka yang membawa maksud Wasiyyah Shoppe Berhad pernah menjadi EJEN mereka.
Wasiyyah Shoppe Berhad TIDAK PERNAH MENJADI EJEN kepada mana2 syarikat amanah sebelum ini.
2. Disebarkan juga fitnah berniat jahat bahawa Wasiyyah Shoppe Berhad ditamatkan kontrak kerana ada masalah dengan “income tax”. Ini juga fitnah jahat yang cuba memburuk2kan Wasiyyah Shoppe Berhad. Kami tidak pernah bermasalah dengan “income tax” seperti didakwa malah adalah mustahil kami berhadapan masalah berkenaan kerana permohonan kami sebagai syarikat amanah berdaftar telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada Mac 2018.
Kami dengan ini memberi amaran keras bahawa sebarang penyebaran MAKLUMAT FITNAH seperti ini pada masa akan datang akan membuatkan kami memulakan prosiding undang2 bagi membersihkan nama kami.

Kenyataan Media Presiden PAS, HUBUNGAN INTIM ARAB DAN ISRAEL , Beberapa media Arab mendedahkan hubungan terbuka dan sulit secara intim di antara…

Kenyataan Media Presiden PAS
HUBUNGAN INTIM ARAB DAN ISRAEL
Beberapa media Arab mendedahkan hubungan terbuka dan sulit secara intim di antara Arab dan Israel. Dikatakan tujuannya ialah keselamatan serantau Asia Barat. Namun fikirkan hujahnya, adakah bahaya Iran dan pengaruh Syiah terhadap dunia Sunni atau menjaga keselamatan Israel?
Semua media yang dikuasai oleh kerajaan di serantau Asia Barat menjadikan bahaya Syiah dan Iran sebagai noktah yang satu dan disokong pula oleh media Israel. Adapun gerakan menentang Israel seperti Hamas, Tanzim Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah semuanya dilabelkan pengganas. Marilah berfikir dan mengkaji terlebih dahulu dengan bijak, sedar dan insaf sebelum membuat keputusan.
Kumpulan Syiah sudah wujud sejak zaman awal Islam, kerana kekhilafan berhubung masalah perlantikan khalifah selepas wafatnya Rasulullah S.A.W.
Pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin, pelantikan Saidina Abu Bakar R.A, Saidina Umar R.A, Saidina Uthman R.A dan Saidina Ali K.W.H diterima secara sepakat oleh para ulama muktabar daripada semua mazhab, sehingga bersatu mempertahankan Islam, menegakkannya dan menyebarkan dakwah ke seluruh pelosok dunia.
Namun dihangatkan semula pada zaman Umawiyah dan Abbasiyah apabila platform Ahli Sunnah diambil oleh para khalifah, khususnya yang berlaku zalim. Pertelingkahan politik berkenaan calon khalifah yang semuanya sudah meninggal dunia dinyalakan semula pada zaman mutakhir.
Ahli Al-Bait menjadi sasaran buruan pemerintah tanpa mengira Sunni, Syiah atau Khawarij semata-mata kerana pengaruhnya dikira ancaman kepada khalifah yang ada. Para ulama pula ada yang beristiqamah dan ada yang hanyut. Namun semua ulama dan ketua madrasah mazhab khususnya Ahli Sunnah tidak menyokong khalifah yang zalim dan bersama Ahli Al-Bait, padahal mereka bukan Syiah. Semuanya melaknat peristiwa pembunuhan Saidina Husain R.A, cucu Baginda Nabi S.A.W.
Ada kalangan yang dizalimi sehingga dibunuh seperti Abdullah bin Al-Zubair, dan dikalangan para sahabat dan kalangan Tabi’ein seperti Said bin Jubair dan lain-lain. Ada yang dipenjarakan seperti Imam Abu Hanifah. Di sana ramai kalangan ulama ahli Al-Bait bersama dengan ulama Ahlu Sunnah turut menjadi sasaran pemerintah pada zamannya seperti Imam Jaafar Al-Sodiq. Ada juga kalangan ulama mujtahid yang selepasnya seperti pengikut Said bin Jubair dan lain-lain yang dibunuh oleh khalifah yang zalim, tiba-tiba pengikutnya disenaraikan kumpulan Khawarij oleh kerajaan pada zamannya dengan sebab kepentingan politik, bukan hukum syariat.
Walaupun mazhab politik dalam Islam ini akhirnya mempengaruhi pengajian aqidah, feqah dan tasawuf sehingga berkhilaf pula di dalamnya, serta ada yang melahirkan banyak perkara bid’ah yang wujud daripada semua mazhab. Namun, para ulama mengumpulkan semua mazhab di dalam kitab-kitab yang dikarang supaya dikaji mana yang kuat hujahnya dan mana yang ditolak berpandukan sumber hukum Islam yang sahih berpandukan Al-Quran dan Sunnah, serta kaedah sumber kajian yang lain secara ijtihad yang adil. Peranan ini adalah tugas para ulama semua mazhab yang boleh dilakukan dengan mudah tanpa campur tangan kerajaan yang tidak istiqamah (konsisten).
Semuanya adalah perkara rumahtangga umat Islam yang tidak boleh diizinkan campur tangan asing, khususnya kalangan musuh Islam yang nyata tidak ikhlas terhadap umat ini. Langkah awal OIC yang menubuhkan kumpulan pemikir daripada kalangan para ulama muktabar sangat baik dengan syarat jangan diganggu oleh pengaruh politik negara yang tidak sihat.
Sila kembali kepada sejarah penjajahan Barat yang menggunakan Syarif Husain sebagai Raja Hijaz (termasuk Makkah dan Madinah) supaya mengisytiharkan Revolusi Agung Arab di Tanah Suci ini pada tahun 1916, yang sepatutnya tidak berulang lagi kerana membawa celaka yang panjang ke atas umat Islam.
Kedatangan Presiden Donald Trump ke Arab Saudi dan susulannya menubuhkan kumpulan negara Arab dan Islam, serta dilakukan perubahan struktur kerajaan Arab Saudi terkini dan disertakan pula penglibatan Israel secara terbuka yang mendukung gagasan untuk menghadapi bahaya yang dikatakan Syiah dan Iran, hendaklah difikirkan dengan bijak secara bebas dan ikhlas, khususnya hari ini dipalu gendang perang selepas Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri membuat kenyataan peletakan jawatannya. Persoalannya, mengapa di Riyadh bukannya di Beirut?
Al-Quran mengajar umat Islam supaya sentiasa bersama Kitab Allah ini dan Rasul yang diutuskan bersamanya. Al-Quran mengesahkan walaupun Nabi Musa A.S dan Harun A.S daripada bangsa Yahudi tetapi Allah melantik mereka menjadi Rasul bersama Kitab Allah bernama Taurat. Maka Allah memerintahkan supaya beriman kepada kitab Taurat dan Rasul-Nya walaupun daripada bangsa Yahudi dan menolak Firaun Mesir yang kafir laknat walaupun kelahiran Mesir di bumi Al-Azhar yang menjadi pusat ilmu Islam kini kerana Firaun menolak Rasul dan Islam.
Begitulah Allah mewajibkan beriman kepada Al-Quran dan Rasulullah S.A.W bukan kerana bangsa Arab dan Bumi Makkah yang suci dan Batu Kaabahnya. Allah menolak Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka menolak Al-Quran dan Rasulullah S.A.W. walaupun kelahiran di Makkah dan daripada keluarga Ahli Al-Bait.
Kini Israel ditubuhkan bagi menegakkan negara Haram Israel yang merupakan agenda Yahudi Zionis ke arah menakluk dunia di atas nama keagungan bangsa Yahudi, bukan kitab Taurat daripada Allah dan Islam yang sebenar. Berbeza dengan negara yang dipimpin oleh Nabi Sulaiman A.S. yang dibanggakan oleh bangsa Yahudi kini, sedangkan mereka bukannya menegakkan Islam warisan Nabi Sulaiman A.S, sepertimana dinyatakan dalam perutusannya yang disebut di dalam Al-Quran:
إِنَّهُۥ مِن سُلَيۡمَٰنَ وَإِنَّهُۥبِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ٣٠ أَلَّا تَعۡلُواْ عَلَيَّ وَأۡتُونِي مُسۡلِمِينَ ٣١ النمل
“Sesungguhnya surat itu daripada Nabi Sulaiman dan kandungannya (seperti berikut): Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani (30) Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku dan datanglah kamu kepadaku dengan Islam (menyerah diri, beriman dan mematuhi ajaran agama Allah) (31)” (Surah AN-Naml: 30-31)
Adakah bunga Perang Dunia Ketiga dinyalakan di Makkah sepertimana perisytiharan Revolusi Arab pada tahun 1916 oleh Syarif Husain di Makkah yang mencetuskan Perang Dunia Pertama yang telah meranapkan kuasa Islam?
Apakah yang dilakukan ini kerana sebenarnya bahaya Syiah dan Iran? atau sebenarnya kerana keselamatan Israel yang menjadi kubu paling hadapan menghadapi kebangkitan semula umat Islam?
Saya tidak boleh menerima alasan bahaya Syiah, hujahnya kerana Sana’a di Yaman kini sudah dikuasai oleh mereka. Saya tidak lupa betapa Arab Saudi menyokong kumpulan Syiah ini sejak tahun 1961 sehingga diubah pendirian hari ini dengan menentangnya selepas Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyelar Amerika di hadapan Kongresnya setelah kumpulan Syiah menawan Sana’a, dan Saudi terus melakukan perisytiharan perang ke atas Yaman di Washington, bukannya di Riyadh. Barangkali mengambil contoh Perdana Menteri Lubnan mengisytiharkan peletakan jawatannya di Riyadh, bukannya di Beirut.
Saya tetap kembali kepada Al-Quran walaupun raja yang menjadi khadam dua Tanah Haram mengadakan hubungan intim dengan Israel bersama Amerika Syarikat kerana saya tidak beriman kepada Batu Kaabah tetapi beriman kepada Allah.
Saya mendukung gabungan Turki, Iran dan Rusia, serta Qatar yang sudah beralih kecenderungan kepadanya bersama beberapa negara Arab yang lain tanpa mempedulikan kebanyakan negara teluk. Malah Mesir menunjukkan kegoyangan pendiriannya walaupun pernah bersama Israel.
Turki menunjukkan perubahannya daripada sekular dan bersekutu dengan Barat dan Israel kepada ke arah Islam. Iran pula menunjukkan perubahan kerajaannya yang tidak terikat dengan Feqah Syiah yang fanatik dalam pemerintahannya kepada sistem Islam yang demokratik yang mereka sebut Wilayah Al-Faqeh. Sedangkan negara Arab terus berlindung dengan Sunni yang paling Salafinya, tetapi berwajahkan diktator yang tidak ada kaitan dengan Sunni. Adapun Rusia menunjukkan polisi yang tidak bersifat Islamofobia mengikut agenda Amerika dan sekutunya.
Apakah alasannya yang kita wajib bersama kumpulan Islam Hamas, Jihad daripada Sunni dan Hizbullah daripada Syiah yang dijadikan kambing-kambing hitam yang hendak dikorbankan dengan mudah? Marilah kita bersatu menghadapi Israel dan sekutunya terlebih dahulu, kemudian selesaikan isu Sunni dan Syiah secara dalaman dan ukhuwwah dalam satu keluarga Islam dalam perkara rukun dan asas, walaupun berkhilaf cabangnya.
Allah juga mendedahkan bahawa kumpulan Yahudilah yang mencetuskan api peperangan dunia dan Allah tidak mengizinkannya marak sehingga kemuncak. Firman Allah:
وَقَالَتِ ٱلۡيَهُودُ يَدُ ٱللَّهِ مَغۡلُولَةٌۚ غُلَّتۡ أَيۡدِيهِمۡ وَلُعِنُواْ بِمَا قَالُواْۘ بَلۡ يَدَاهُ مَبۡسُوطَتَانِ يُنفِقُ كَيۡفَ يَشَآءُۚ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرٗا مِّنۡهُم مَّآ أُنزِلَ إِلَيۡكَ مِن رَّبِّكَ طُغۡيَٰنٗا وَكُفۡرٗاۚ وَأَلۡقَيۡنَا بَيۡنَهُمُ ٱلۡعَدَٰوَةَ وَٱلۡبَغۡضَآءَ إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَٰمَةِۚ كُلَّمَآ أَوۡقَدُواْ نَارٗا لِّلۡحَرۡبِ أَطۡفَأَهَا ٱللَّهُۚ وَيَسۡعَوۡنَ فِي ٱلۡأَرۡضِ فَسَادٗاۚ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٦٤ وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡكِتَٰبِ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَكَفَّرۡنَا عَنۡهُمۡ سَئَِّاتِهِمۡ وَلَأَدۡخَلۡنَٰهُمۡ جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ ٦٥ وَلَوۡ أَنَّهُمۡ أَقَامُواْ ٱلتَّوۡرَىٰةَ وَٱلۡإِنجِيلَ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِم مِّن رَّبِّهِمۡ لَأَكَلُواْ مِن فَوۡقِهِمۡ وَمِن تَحۡتِ أَرۡجُلِهِمۚ مِّنۡهُمۡ أُمَّةٞ مُّقۡتَصِدَةٞۖ وَكَثِيرٞ مِّنۡهُمۡ سَآءَ مَا يَعۡمَلُونَ ٦٦ المائدة
“Dan orang-orang Yahudi itu berkata: Tangan Allah terbelenggu (bakhil, kikir), sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurnia-Nya luas melimpah-limpah). Dia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Dia kehendaki dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga Hari Kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan. (64) Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertakwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. (65) Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah) dalam Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya. (66)” (Surah Al-Maidah: 64-66)
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 2 Rabiul Awal 1439 / 21 November 2017

Minda Presiden PAS, RASULULLAH S

Minda Presiden PAS
RASULULLAH S.A.W. DAN FITNAH SIBER
Allah Yang Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana melantik Rasul Akhir Zaman, ketika dunia dikurniakan sedikit ilmu, sehingga mencapai kemajuan teknologi maklumat yang disaksikan terkini sampai menembusi sempadan negara, tersiarnya berita tanpa mengira benar dan bohongnya, yang hanya dengan hujung jari sahaja tersebar ke seluruh pelosok dunia.
Al-Quran, kitab mukjizat ilmu adalah petunjuk di sepanjang zaman, memandu setiap yang beriman, berakhlak dan bertaqwa dan menyedari betapa kewajipannya di hadapan Allah dalam semua perkara dengan menggunakan nikmat pancaindera kurniaan Allah, dengan betul dan tepat, kerana semuanya akan dihisab pada Hari Kiamat nanti.
Firman Allah SWT:
وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَٰٓئِكَ كَانَ عَنۡهُ مَسُۡٔولٗا ٣٦ الإسراء
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta rasa hati (akal fikiran), semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Surah Al-Isra’: 36)
Di antara petunjuk Al-Quran ialah bertabayyun, jangan menerima maklumat dengan mudah tanpa mengira benar dan salah. Firman Allah:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن جَآءَكُمۡ فَاسِقُۢ بِنَبَإٖ فَتَبَيَّنُوٓاْ أَن تُصِيبُواْ قَوۡمَۢا بِجَهَٰلَةٖ فَتُصۡبِحُواْ عَلَىٰ مَا فَعَلۡتُمۡ نَٰدِمِينَ ٦ الحجرات
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka bertabayun (selidikilah untuk menentukan kebenarannya), supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (Surah Al-Hujurat: 6)
Orang yang fasik itu ialah yang tidak berakhlak mulia dan tidak menjaga maruah diri, walaupun dia beriman seperti melakukan dosa yang besar tanpa bertaubat atau melakukan dosa yang kecil sepanjang masa, termasuk mereka yang tidak menjaga maruah dirinya atau tidak dikenali sifatnya. Adapun yang tidak beriman lebih parah dan buruk fasiknya.
Kepada mereka yang menyebar berita bohong dan fitnah, amaran Allah lebih keras dan janjinya adalah benar. Firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يُحِبُّونَ أَن تَشِيعَ ٱلۡفَٰحِشَةُ فِي ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمٞ فِي ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأٓخِرَةِۚ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ وَأَنتُمۡ لَا تَعۡلَمُونَ ١٩ النور.
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara), sedangkan kamu tidak mengetahui (yang demikian).” (Surah An-Nur: 19)
Firman Allah:
إِنَّ ٱلَّذِينَ فَتَنُواْ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتِ ثُمَّ لَمۡ يَتُوبُواْ فَلَهُمۡ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمۡ عَذَابُ ٱلۡحَرِيقِ ١٠ البروج
“Sesungguhnya orang-orang yang menimpakan fitnah (bencana) terhadap orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, kemudian mereka tidak bertaubat, maka mereka akan beroleh azab Neraka Jahannam (kerana perbuatan buruk itu) dan mereka akan beroleh lagi azab api neraka yang kuat membakar (kerana mereka tidak bertaubat).” (Surah Al-Buruj: 10)
Rasulullah S.A.W. pula menghuraikan ayat-ayat tersebut sehingga ke alam siber langit terbuka tanpa sempadan yang menyebarkan maklumat bohong. Perkara ini tidak berlaku di zamannya, rupanya berlaku di zaman kini. Sabda Baginda SAW ketika menceritakan tentang Alam Barzakh (selepas kematian):
أما الرَّجُلُ الَّذِي أتَيْتَ عَلَيْهِ يُشَرْشَرُ شِدْقُهُ إِلَى قَفَاهُ ، ومِنْخَرُهُ إِلَى قَفَاهُ ، وَعَيْنُهُ إِلَى قَفَاهُ ، فإنَّهُ الرَّجُلُ يَغْدُو مِنْ بَيْتِهِ فَيَكْذِبُ الكِذْبَةَ تَبْلُغُ الآفاقَ .(رواه البخاري: رقم الحديث 7047 من حديث سمرة من جندب رضي الله عنه)
“Berkata malaikat yang mengiringi Rasulullah S.A.W.); “Adapun orang yang diseksa dengan penyangkut besi yang menembusi pipi sehingga ke belakang lehernya dan disengkut lubang hidung sehingga menembusi belakang lehernya dan disengkut mata sehingga menembusi batang lehernya ialah kerana kerjanya sejak pagi menyebarkan pembohongan ke sehingga seluruh ufuk penjuru dunia” (Hadis Riwayat Bukhari: Bil. 7047 dari hadis Samurah bin Jundub R.A)
Allah SWT pula menegaskan betapa Rasulullah S.A.W. tidak bersabda sewenang-wenang mengikut seleranya sahaja. Sepertimana Allah berfirman:
وَمَا يَنطِقُ عَنِ ٱلۡهَوَىٰٓ ٣ إِنۡ هُوَ إِلَّا وَحۡيٞ يُوحَىٰ ٤ عَلَّمَهُۥ شَدِيدُ ٱلۡقُوَىٰ ٥ النجم.
“Dan Dia (Muhammad S.A.W) tidak memperkatakan (sesuatu) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau Hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4) Wahyu itu (disampaikan dan) diajarkan kepadanya oleh (Malaikat Jibril) yang amat kuat gagah. (5)” (Surah An-Najm: 3-5)
Semua yang tersebut di atas boleh dimanfaatkan oleh sesiapa yang beriman dan budiman sahaja supaya berwaspada dan kalau sudah terlanjur kembali sahaja ke pangkal jalan dan bertaubat.
Adapun yang tidak beriman, Allah SWT menegaskan tentang kisah mereka dengan firman-Nya:
قُلۡ هَلۡ نُنَبِّئُكُم بِٱلۡأَخۡسَرِينَ أَعۡمَٰلًا ١٠٣ ٱلَّذِينَ ضَلَّ سَعۡيُهُمۡ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَهُمۡ يَحۡسَبُونَ أَنَّهُمۡ يُحۡسِنُونَ صُنۡعًا ١٠٤ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ بَِٔايَٰتِ رَبِّهِمۡ وَلِقَآئِهِۦ فَحَبِطَتۡ أَعۡمَٰلُهُمۡ فَلَا نُقِيمُ لَهُمۡ يَوۡمَ ٱلۡقِيَٰمَةِ وَزۡنٗا ١٠٥ ذَٰلِكَ جَزَآؤُهُمۡ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُواْ وَٱتَّخَذُوٓاْ ءَايَٰتِي وَرُسُلِي هُزُوًا ١٠٦ الكهف
“Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (103) (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (104) Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan dengan-Nya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatnya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada Hari Kiamat kelak. (105) (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya Neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar dan mereka pula menjadikan ayat-ayat-Ku dan Rasul-rasul-Ku sebagai ejek-ejekan.(106)” (Surah Al-Kahfi: 103-106)
Percayalah bahawa semua amalan manusia yang mukallaf ada perhitungan baik dan jahat, benar dan salah. Allah bukan sahaja menetapkan dosa kepada kejahatan termasuk di laman siber, bahkan Allah juga memberi pahala kepada yang berjihad menyebarkan kebenaran dan melawan fitnah di alam siber. Percayalah di hari manusia tidak boleh berdolak dalih di Mahkamah.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 16 Safar 1439 / 6 November 2017