Leader bukan mengarah tetapi sama-sama buat

Leader bukan mengarah tetapi sama-sama buat.
.
Hilang leader, rosak lah piramid
Sakit nya leader, sakit lah team.
.
Fokus, Gagah nya leader, teguhlah piramid
Aktif nya leader, aktiflah team
Agresif nya leader, agresif lah team
.
Kekuatan sangat kuat dengan leader. Siapa kata senang dan best jadi leader? Siapa kata best dapat bonus? Sedangkan nak gerakkan team dengan laju adalah dengan kuasa teamwork yang mempunyai kekuatan leader di depan. TANGGUNGJAWAB DAN FOKUS DI DEPAN SANGAT PENTING.
.
Kekanan kekiri membawa team dengan tujuan sampai ke destinasi bersama-sama.
#DeHeartJardin, doakan sentiasa diberikan kekuatan, perlindungan dan kasih sayang yang berpanjangan bersama.
.
.
#DeHeartJardin

1

1. Matlamat yang jelas.
Sebelum nak bisnes, jangan suka-suka sebab yang suka-suka kebiasaannya suka-suka tutup. Pastikan diri sendiri tahu sebab nak berbisnes, tahu target nak capai dalam bisnes. Tahu bisnes yang nak dibuat nak ke arah mana?
.
Jelas destinasi, mudah perjalanan.
.
Walau ada ujian di tengah perjalanan, tapi kerana matlamat/target yang jelas, InSyaAllah perjalanan pasti diterusan sehingga sampai ke destinasi. Sebab tu penting MATLAMAT YANG JELAS.
.
Anda semua dah ada matlamat atau belum? Dah faham matlamat/target? Dah ada matlamat yang jelas? Kalau dah, nantikan langkah ke2.
.
Ada soalan boleh komen sahaja.

Saya tak kenal sorang pun artis korea

Saya tak kenal sorang pun artis korea. Cerita korea apa pun tak tengok. Yang orang femes sangat pasal Running Man, pun saya tak pernah tengok.
Tapi tak semestinya saya marah dan benci orang tengok drama Korea. Saya ok saja selagi mana benda tu tak bertentangan dengan Allah. Kalo tengok Korea sampai tak solat sampai tak buat tanggungjawab laen, yes tu boleh la kita nak tegur dengan hikmah. Tapi kalo sekadar tengok, kenapa nak benci?
Begitulah hidup. Tak semestinya kita nak orang jadi macam kita. Sama juga dalam bab kebaekan. Sekalipun kita selalu pergi masjid, mana boleh benci orang yang tak pergi masjid. Kita suka bersedeqah, tapi takboleh marah orang yang tak bersedeqah.
Biarlah. Setiap kita ada kecenderungan masing-masing. Tak semestinya semua orang kena sama dengan kita. Lagipun bukan semua kebaekan dia nak buat kena tunjuk pada kita.
Semua orang nak jadi baek dan mereka ada kecenderungan masing-masing. Ada cara mereka tersendiri. Kita tak boleh nak judge orang sebab orang taksama macam kita.
Jalan menuju Allah tu macam-macam. Ada orang masuk syurga sebab banyak ibadah, ada yang masuk syurga sebab jadi anak soleh, yang rajin puasa, ada yang masuk syurga sebab isteri yang Solehah. Macam-macam pintu syurga.
Selagi benda tu tak jelas haram seperti menutup aurat ke meninggalkan solat ke berjudi ke; kita janganlah mudah je nak hukum orang.
Sekalipun dia buat benda yang haram, kita tiada apa hak pun untuk menghukumnya. Manusia itu boleh berubah dengan izin Allah. Malah, boleh jadi dia boleh berubah lebih baek dari kita. Jadi kenapa kita nak pandang hina pada mereka?
Bukan semua orang dapat hidayah macam kita. Kita pun tak dapat hidayah macam para sufi kan? Bersyukurlah dan jangan rendahkan orang laen.
Doakan mereka supaya Allah beri mereka hidayah yang terbaek. Insya Allah. Dan semoga kita juga dapat hidayah yang terbaek.
Takde orang yang lebih mulia atau lebih hina. Cuma Allah yang tahu darjat setiap dari kita. Biar Allah buat kerja Dia.
Kita sebagai hamba, kerja kita adalah cari redha Allah. Buat yang Allah suka dan jangan sakitkan manusia.
Begitulah kehidupan.
Regards;
NH. 😉

Ibu dari Mekah mesej tanya,, “Beg kecik tu kakak letak mana? Yang ada toiletries tu?”, “Kakak, ada ke stok ubat selesema? Yang mana satu?”,…

Ibu dari Mekah mesej tanya,
“Beg kecik tu kakak letak mana? Yang ada toiletries tu?”
“Kakak, ada ke stok ubat selesema? Yang mana satu?”
Teringat dulu, ibulah yang kemaskan beg bila saya nak balik UIA dan Darul Quran. Ibu lipat dan susun dalam beg. Ibu bekalkan ubat itu ini sebab saya memang mudah sakit.
Sekarang, dah tiba masa saya pula yang kemaskan barang Ibu. Saya pula yang beri khidmat terbaek buat ibu. Itulah saja yang mampu saya beri. Beri khidmat dan buat apa yang gembirakan hati ibu. Semoga Allah redha, bila ibu juga redha.
Kadang-kadang terfikir, saya takde masa yang banyak untuk terus berkhidmat dan senangkan urusan ibu. Sekejap lagi mungkin saya akan mati, begitu juga ibu.
Jadi segenap ruang untuk beri khidmat kepada ibu dan apa saja yang buat ibu gembira, saya akan tunaikan secepatnya. Bagi saya, urusan yang berkaet ibu ayah adalah “Urusan yang tidak boleh ditangguh”. Selesaikanlah hajat mereka dan buatlah mereka senang. Jangan tunggu esok kalo mampu buat harini. Semampunya, selalulah jadi yang menyenangkan mereka.
Ibu dan ayah; dua sosok yang sentiasa menjadi keutamaan. Kita takkan ada banyak masa. Berbaktilah dan gembirakanlah mereka secepatnya. Jangan bertangguh.
Yang ada peluang berbakti, berbaktilah sebaeknya.
Ibu Che Norisah Norika dan Ayah Kamarudin, semoga redha kalian bersamaku. Maka tenanglah seluruh hidupku sekalipun saat ini Tuhan menjemputku kembali kepadaNya. Atau menjemputmu pulang kepangkuanNya. Redhalah akan aku dan tenanglah kalian dengan aku. Hidup aku jua akan tenang.
Regards,
NH. 😉

Gembiranya tengok adik-adik medik ditauliahkan menjadi doktor hari ni

Gembiranya tengok adik-adik medik ditauliahkan menjadi doktor hari ni.
Semoga jadi doktor yang berdedikasi. Selalu kalo pergi klinik, saya suka cek cop doktor, nak tengok doktor tu grad mana.
Setakat ni jumpa doktor grad UIA baek-baek belaka. Semoga adik-adik pun jadi doktor yang baek dan penyayang.
Hidup akan payah. Maka bertabahlah. Bekerjalah kerana Allah. Pasti berbalas segala lelah.
Menyusul tak lama lagi adik-adik dentist plak.
Ni batch terakhir yang sempat saya kenal. Batch bawah mereka dah tak kenal sangat dah. Dah tua dah saya ni!
Selit doa untuk saya juga semoga Allah beri jalan keluar untuk semua kesulitan saya. Amiin.
Regards;
NH. 😉

Rezeki kerana “Punca Rezeki”,

Rezeki kerana “Punca Rezeki”
.
Untunglah suami/ayah kerana anda mempunyai punca rezeki yang ramai. Ingatlah isteri/ibu yang bekerja/berniaga, punca rezeki anda adalah anak-anak.
.
Jangan pula lupa kedua ibu bapa, mereka juga punca rezeki yang utama.
.
Sebab ni lah, sebelum nak berbisnes Nozie akan suruh fahamkan BIGWHY. Fahamkan bisnes ni untuk siapa? Bukan sahaja kerana kekuatan diri tetapi ini lah PUNCA REZEKI. Kita hanya usahakan sahaja.
.
Dan mereka (punca rezeki) adalah tanggungjawab utama, dahulukan mereka. Jika mereka sakit, berikan perhatian sepenuhnya. Niatkan kerana Allah dengan ikhlas. Hanya mereka yang yakin sahaja akan nampak rezeki ini yang mengalir tanpa henti.
.
Jaga HATI punca rezeki,
Kegembiraan mereka adalah kegembiraan rezeki. Jika HATI mereka sakit kerana kita, tersekatnya rezeki adalah kerana diri kita.
.
Jika berbisnes, jangan jadikan mereka sebagai alasan. Ini sangat-sangat Nozie tekankan dari dulu. Anak-anak terutama, bukan alasan tetapi masa untuk kita fokus dan berikan perhatian. Bab ni perlukan “Quality Time”, bukannya kita jaga 24jam tanpa makan minum dan ibadah. Sama sahaja jika berbisnes, gunakan masa sebaiknya dan jangan jadikan alasan.
.
Jika bekerja, masih ada peruntukkan CUTI. Gunakan sebaiknya bukan sesuka hati (ini lah keberkatan).
.
Kepada wanita yang memilih jalan berbisnes, jaga lah PUNCA REZEKI iaitu anak-anak dan ibu bapa. Dan ingat, rezeki yang diterima bukan HAK kita, kita hanya usahakan sahaja.
.
Yang mendatangkan customers adalah Allah
Yang gerakkan customers membeli adalah Allah,
Semuanya atas keizinan Allah.
.
Kenapa bukan suami? Kita adalah punca rezeki suami dan rezeki keluarga juga bergantung kepada diri kita. Sebaiknya diri kita sentiasalah bersangka baik dengan suami, wujudkan kegembiraan, sentiasa mendoakan suami. inSyaAllah meriah lah REZEKI KELUARGA.
.
.
#Ringkasan
#SharifahNurzeah

Sepatutnya pagi ni dah gerak ke Gambang, Resort untuk menuntut ilmu final #JTR,

Sepatutnya pagi ni dah gerak ke Gambang, Resort untuk menuntut ilmu final #JTR
.
Namun aturan Allah lebih baik! Tak ada rezeki nak join last minit? Maka terhasillah menu sarapan ni! Nasi impit ape nama tak pasti! Namun setiap kali kalau lepas raya ke 2 @ ke 3 ibu mesti buat breakfast ni!
.
Kali ni kita buat sendiri! Sesedap air tangan isteri?
.
Hati dok ingat #JTR huhu! Mesti Noraida Fairos
Tengah bz sekarangkan!
.
Selamat Semuanya ye warga #STGMA yang hadir!

TAHNIAH WARGA STGMA YANG DAPAT HADIR, ?, JTR OCTOBER 2018 KINI KEMBALI, Selamat datang pada semua Konsultan #Projek100k ke Majlis Ilmu Gilang…

TAHNIAH WARGA STGMA YANG DAPAT HADIR
?
JTR OCTOBER 2018 KINI KEMBALI
Selamat datang pada semua Konsultan #Projek100k ke Majlis Ilmu Gilang Gemilang.
Kami warga #STGMA merasa bangga dan sangat happy pagi ini, kerana di pilih Allah untuk hadir.
Semangat yang berkobar2 semakin terasa. Ada berbagai golongan dan dari berbagai pelusuk negeri.
Kosongkan minda lapangkan dada. Formula Hidup Mudah penyuntik semangat juang kami. Insyaallah 2 hari berkampung di Gambang Resort bakal memberi impak yang sangat dasyat.
Terima kasih Allah
Terima kasih Founder STGMA
Terima kasih semua CDMC dan Terima kasih pada semua warga STGMA yang hadir.
#STGMA
#JTR67OKT2018
#PROJEK100K

SELIMUT BVSM UNTUK ORANG TERSAYANG! ,

SELIMUT BVSM UNTUK ORANG TERSAYANG!
.
Duit ada namun sayang nak guna! Takut habis dan tidak berkesan!
.
Mak ari-ari mengadu tak boleh nak tidur malam, kadang sakit pinggang dan lutut! Buat ibadah pun terbantut kena pakai kerusi sebab tidak boleh gagah berdiri seperti dulu/::’|
.
Sebagai anak kita tentu nak yang terbaik buat mereka! Pergi ke klinik dari yang murah sehinggalah yang mahal, nak melihat mereka kembali sihat dan gagah!
.
Namun pernahkah kita terfikir? Di usia sebegini ubat segala macam yang kita berikan adakah boleh proses sehingga hancur?
.
Masih bertahankah buah pinggang mereka?
Masih laratkah ari-ari nak telan ubat yang sama! Tinggi dosnya!
Arini ok esok kembali sakit!
.
Sehinggalah wajah di mamah usia, kesihatan masih kurang berubah?
.
Tidakkah kita terfikir mudahkan cara mereka, berehat, tidur, berjalan ke mana2 hanya dengan meletakkan SELIMUT PUTIH ini di badan?
.
Kita hanya IKHTIAR sebaik mungkin! Nak melihat mereka kembali tidur lena seperti zaman muda! Kembali bersemangat dan kmempunyai kekuatan untuk berdiri!
.
Hadiahkan buat mereka.. Lihatlah wajah mereka! Mereka tidak pandai meminta! Namun terkilan jugak, bila ada yang PM nak BVSM sehingga nak mintak bantuan anak-anak share belikan! Namun hampa..kerana?? Masih sayangkan harta!
.
#CoachShaTrainerOnline
#STGMA
#FIGHTERSMILLIONTEAM
#BVSM

Senior Darul Quran dijemput Tuhan

Senior Darul Quran dijemput Tuhan.
Berlegar-legar status di Facebook memuji kebaekannya dan kesolehannya. Sungguh aku merasa sangat cemburu. Semoga kebaekanlah untuk arwah dan salam takziah buat keluarganya.
Membuatkan aku terfikir, kalo esok aku juga dijemput Tuhan, apa ada amalanku dan kebaekanku yang menjadi bekal untuk ke alam sana?
Kawan-kawan FB dan semua yang mengenaliku; maafkanlah segala kesilapanku dan kekuranganku. Andai ajal menjemput, semoga pulangku ke pangkuan Tuhan dalam keadaan paling aman. Maafkanlah aku.
Semoga aku tidak pergi dalam keadaan menyakitkan orang dan ada amanah yang tidak selesai ditunaikan. Semoga kita semua beroleh husnul khatimah.
Doakanlah aku. Maafkanlah segala kesilapanku.
* arwah dari batch ILHAM; batch diploma, Satu batch atas kami yang pensijilan. Terasa sungguh dekat dengan kematian.
Regards,
NH. 😉