Rezeki kerana “Punca Rezeki”,

Rezeki kerana “Punca Rezeki”
.
Untunglah suami/ayah kerana anda mempunyai punca rezeki yang ramai. Ingatlah isteri/ibu yang bekerja/berniaga, punca rezeki anda adalah anak-anak.
.
Jangan pula lupa kedua ibu bapa, mereka juga punca rezeki yang utama.
.
Sebab ni lah, sebelum nak berbisnes Nozie akan suruh fahamkan BIGWHY. Fahamkan bisnes ni untuk siapa? Bukan sahaja kerana kekuatan diri tetapi ini lah PUNCA REZEKI. Kita hanya usahakan sahaja.
.
Dan mereka (punca rezeki) adalah tanggungjawab utama, dahulukan mereka. Jika mereka sakit, berikan perhatian sepenuhnya. Niatkan kerana Allah dengan ikhlas. Hanya mereka yang yakin sahaja akan nampak rezeki ini yang mengalir tanpa henti.
.
Jaga HATI punca rezeki,
Kegembiraan mereka adalah kegembiraan rezeki. Jika HATI mereka sakit kerana kita, tersekatnya rezeki adalah kerana diri kita.
.
Jika berbisnes, jangan jadikan mereka sebagai alasan. Ini sangat-sangat Nozie tekankan dari dulu. Anak-anak terutama, bukan alasan tetapi masa untuk kita fokus dan berikan perhatian. Bab ni perlukan “Quality Time”, bukannya kita jaga 24jam tanpa makan minum dan ibadah. Sama sahaja jika berbisnes, gunakan masa sebaiknya dan jangan jadikan alasan.
.
Jika bekerja, masih ada peruntukkan CUTI. Gunakan sebaiknya bukan sesuka hati (ini lah keberkatan).
.
Kepada wanita yang memilih jalan berbisnes, jaga lah PUNCA REZEKI iaitu anak-anak dan ibu bapa. Dan ingat, rezeki yang diterima bukan HAK kita, kita hanya usahakan sahaja.
.
Yang mendatangkan customers adalah Allah
Yang gerakkan customers membeli adalah Allah,
Semuanya atas keizinan Allah.
.
Kenapa bukan suami? Kita adalah punca rezeki suami dan rezeki keluarga juga bergantung kepada diri kita. Sebaiknya diri kita sentiasalah bersangka baik dengan suami, wujudkan kegembiraan, sentiasa mendoakan suami. inSyaAllah meriah lah REZEKI KELUARGA.
.
.
#Ringkasan
#SharifahNurzeah


Facebook: https://www.facebook.com/nozie86

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *