Ibu dari Mekah mesej tanya,, “Beg kecik tu kakak letak mana? Yang ada toiletries tu?”, “Kakak, ada ke stok ubat selesema? Yang mana satu?”,…

Ibu dari Mekah mesej tanya,
“Beg kecik tu kakak letak mana? Yang ada toiletries tu?”
“Kakak, ada ke stok ubat selesema? Yang mana satu?”
Teringat dulu, ibulah yang kemaskan beg bila saya nak balik UIA dan Darul Quran. Ibu lipat dan susun dalam beg. Ibu bekalkan ubat itu ini sebab saya memang mudah sakit.
Sekarang, dah tiba masa saya pula yang kemaskan barang Ibu. Saya pula yang beri khidmat terbaek buat ibu. Itulah saja yang mampu saya beri. Beri khidmat dan buat apa yang gembirakan hati ibu. Semoga Allah redha, bila ibu juga redha.
Kadang-kadang terfikir, saya takde masa yang banyak untuk terus berkhidmat dan senangkan urusan ibu. Sekejap lagi mungkin saya akan mati, begitu juga ibu.
Jadi segenap ruang untuk beri khidmat kepada ibu dan apa saja yang buat ibu gembira, saya akan tunaikan secepatnya. Bagi saya, urusan yang berkaet ibu ayah adalah “Urusan yang tidak boleh ditangguh”. Selesaikanlah hajat mereka dan buatlah mereka senang. Jangan tunggu esok kalo mampu buat harini. Semampunya, selalulah jadi yang menyenangkan mereka.
Ibu dan ayah; dua sosok yang sentiasa menjadi keutamaan. Kita takkan ada banyak masa. Berbaktilah dan gembirakanlah mereka secepatnya. Jangan bertangguh.
Yang ada peluang berbakti, berbaktilah sebaeknya.
Ibu Che Norisah Norika dan Ayah Kamarudin, semoga redha kalian bersamaku. Maka tenanglah seluruh hidupku sekalipun saat ini Tuhan menjemputku kembali kepadaNya. Atau menjemputmu pulang kepangkuanNya. Redhalah akan aku dan tenanglah kalian dengan aku. Hidup aku jua akan tenang.
Regards,
NH. 😉


Facebook: https://www.facebook.com/husnataqwa

One Reply to “Ibu dari Mekah mesej tanya,, “Beg kecik tu kakak letak mana? Yang ada toiletries tu?”, “Kakak, ada ke stok ubat selesema? Yang mana satu?”,…”

  1. Alhamdulillah masih diberi kesempatan ini kan, kak? Baca status akk buat sy teringat, tahun lepas mak ayah minta sy packing kan pakaian & kelengkapan mereka. Baju2 dilipat ikut jenis & dimasukkan dlm 1 plastik khas setiap jenis.? Risau juga kalau2 ada yg tertinggal.. Hanya itu salah satu cara sy zahirkan rasa syg & prihatin kpd mereka (sbb tak biasa ungkapkan kasih). ?Moga Allah terus kurniakan kita kesempatan buat berbakti kpd mereka.Hajjun Mabrur wa sa’yun mashkur buat mak ayah akk?

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *