Saya tak kenal sorang pun artis korea

Saya tak kenal sorang pun artis korea. Cerita korea apa pun tak tengok. Yang orang femes sangat pasal Running Man, pun saya tak pernah tengok.
Tapi tak semestinya saya marah dan benci orang tengok drama Korea. Saya ok saja selagi mana benda tu tak bertentangan dengan Allah. Kalo tengok Korea sampai tak solat sampai tak buat tanggungjawab laen, yes tu boleh la kita nak tegur dengan hikmah. Tapi kalo sekadar tengok, kenapa nak benci?
Begitulah hidup. Tak semestinya kita nak orang jadi macam kita. Sama juga dalam bab kebaekan. Sekalipun kita selalu pergi masjid, mana boleh benci orang yang tak pergi masjid. Kita suka bersedeqah, tapi takboleh marah orang yang tak bersedeqah.
Biarlah. Setiap kita ada kecenderungan masing-masing. Tak semestinya semua orang kena sama dengan kita. Lagipun bukan semua kebaekan dia nak buat kena tunjuk pada kita.
Semua orang nak jadi baek dan mereka ada kecenderungan masing-masing. Ada cara mereka tersendiri. Kita tak boleh nak judge orang sebab orang taksama macam kita.
Jalan menuju Allah tu macam-macam. Ada orang masuk syurga sebab banyak ibadah, ada yang masuk syurga sebab jadi anak soleh, yang rajin puasa, ada yang masuk syurga sebab isteri yang Solehah. Macam-macam pintu syurga.
Selagi benda tu tak jelas haram seperti menutup aurat ke meninggalkan solat ke berjudi ke; kita janganlah mudah je nak hukum orang.
Sekalipun dia buat benda yang haram, kita tiada apa hak pun untuk menghukumnya. Manusia itu boleh berubah dengan izin Allah. Malah, boleh jadi dia boleh berubah lebih baek dari kita. Jadi kenapa kita nak pandang hina pada mereka?
Bukan semua orang dapat hidayah macam kita. Kita pun tak dapat hidayah macam para sufi kan? Bersyukurlah dan jangan rendahkan orang laen.
Doakan mereka supaya Allah beri mereka hidayah yang terbaek. Insya Allah. Dan semoga kita juga dapat hidayah yang terbaek.
Takde orang yang lebih mulia atau lebih hina. Cuma Allah yang tahu darjat setiap dari kita. Biar Allah buat kerja Dia.
Kita sebagai hamba, kerja kita adalah cari redha Allah. Buat yang Allah suka dan jangan sakitkan manusia.
Begitulah kehidupan.
Regards;
NH. 😉


Facebook: https://www.facebook.com/husnataqwa

2 Replies to “Saya tak kenal sorang pun artis korea”

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *