Tahniah buat semua pasukan Terengganu dan semua penyokong hitam putih

Cerita malam tadi.
Alhamdulillah atas kejayaan Terengganu FC yang telah berjaya meraih kemenangan sulong dalam perlawanan ke tiga malam tadi sempena Liga Super Malaysia 2018 ketika menentang Selangor FA. Tahniah buat semua pasukan Terengganu dan semua penyokong hitam putih.
Selain player, pasukan penyokong juga memainkan peranan utama dalam mencipta kejayaan. Memang sokongan peminat bola sepak Terengganu sangat luar biasa. Pihak pengurusan perlu sentiasa meraikan suara dan pandangan penyokong bola sepak Terengganu ini agar kejayaan pasukan dirasai bersama.
Di samping kejayaan Terengganu, rasa kagum buat penyokong pasukan Selangor FA (Selangor Soccer Fan Club) tetap dititipkan. Meskipun berdepan dengan kekalahan, pasukan mereka masih kekal bersemangat menyanyikan lagu sokongan mereka walaupun wisel penamat telah ditiup pengadil. Semangat kesukanan yang tinggi berjaya dipamerkan mereka. Sebelum keluar dari stadium, sengaja menuju ke arah mereka dan sempat juga bersua muka serta saling berkenalan. Kerana hitam putih tema yang dipakai saya, masing-masing rakamkan ucapan tahniah buat pasukan Terengganu.
23 Februari di STAR, Paroi dan 10 Mac kembali di SSINS, Terengganu. Nampaknya kena block date dah.
Terakhir, sempat jenguk pasukan Terengganu semasa Liga Perdana PKNP vs Terengganu di Stadium Ipoh, 27 Oktober 2017 yang lalu.
Salam Maghrib. ?
#FootballMalaysia
#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
#TerengganuFootballClub
#TerengganuFanClubTFC
Alhamdulillah, pagi ini menyaksikan kebangkitan petugas PAS Perak sempena Ijtimak Pilihanraya PAS Perak